Saturday 9 September 2017

[Video Tun M Ketibaannya Disambut Dengan LAUNGAN "HIDUP TUN" & SELAWAT] Khalil Abdul Hadi sepatutnya usulkan Presiden Pas tarik balik Amanat Hadi & Tarik diri dpd Kerajaan Selangor.

Ahad, 10 September 2017

Foto Amanah Negeri Sembilan.

🔊🔊👬👬👬👬👬👬🔊🔊

 Flashmob FREEZE-STYLE 

BANTAH KENAIKKAN HARGA MINYAK!!

Tarikh : 11/9/2017 (Isnin)
Masa : 5:00 PM
Lokasi : Lampu Trafik A&W Seremban.

*Plakad disediakan

*Penerangan program akan diadakan pada pukul 5:05pm

SEMUA DIJEMPUT MEMERIAHKAN!!

Anjuran: Pemuda Amanah Negeri Sembilan_

#PakatanHarapan
 
First Lady Emine Erdoğan arrives in Bangladesh to visit Rohingya refugee camp in Cox Bazaar (AA Photo)
First Lady Emine Erdoğan arrives in Bangladesh to visit Rohingya refugee camp in Cox Bazaar (AA Photo)
AWAN Nasional
9 jam
Wanita Pertama Turki, Emine Erdogan seperti tidak percaya pembantaian terhadap etnik Rohingya boleh berlaku pada zaman ini ketika seluruh dunia sedang menyaksikan tragedi kemanusiaan itu.

"Kita semua mempunyai anak-anak. Kita tidak boleh hanya melihat sahaja dan tidak bertindak kerana mereka bukan anak-anak kita. Kita semua bertanggungjawab dan kerana itulah kami berada di sini," katanya.
Beliau berkata, Presiden Turki, Reccep Tayyip Erdogan akan membawa krisis ini dalam Perhimpunan Agung PBB pada masa terdekat.
Foto Parti Amanah Negara.
KHALIL ABDUL HADI SEPATUTNYA USULKAN PRESIDEN PAS TARIK BALIK AMANAT HADI DAN PAS TARIK DIRI DARIPADA KERAJAAN SELANGOR

1. Kenyataan Ketua Pemuda PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi semalam yang mendakwa Parti Amanah Negara (AMANAH) sebagai proksi DAP untuk mengsekularkan negara ini adalah suatu usaha terdesak PAS bagi mengaburi mata orang Melayu Islam di negara ini daripada membuat perubahan dalam pilihan raya umum Ke-14. Muhammad Khalil yang terus-menerus mendendangkan isu yang sama seolah-olah membaca skrip yang ditulis UMNO yang tidak lagi mempunyai peluru bagi menangkis segala isu rasuah dan salah tadbir urus Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak dan UMNO dalam negara selain daripada bergantung kepada sentimen perkauman.

2. Kenyataan Muhammad Khalil yang membuat dakwan liar tentang perjuangan mengsekularkan negara ini seolah-olah menunjukkan beliau lupa akan Amanat Hadi yang disampaikan dalam satu ceramah di Kampung Banggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981 yang secara jelas menyatakan bahawa negara ini adalah negara sekular. Jika Muhammad Khalil memahami dakwaan tersebut, beliau seharusnya mengusulkan supaya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik Amanat Hadi.

3. AMANAH yang juga meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan tidak sesekali menjadi proksi kepada DAP. Kebersamaan AMANAH bersama DAP dan juga rakan koalisi lain termasuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) adalah dalam rangka kerja (framework) dan objektif yang sama iaitu bagi melakukan perubahan total dan real kepada sistem tadbir urus yang regresif dan korup diamalkan UMNO dan Barisan Nasional.

4. Di samping itu, Muhammad Khalil juga seharusnya lebih jujur dalam menggerakkan PAS. Dalam keghairahan beliau memainkan isu ini saban hari menjadikan DAP mangsa serangan, beliau seharusnya mengusulkan supaya PAS menarik diri daripada kerajaan Selangor yang turut dianggotai DAP. PAS akan dilihat lebih bermaruah kerana mempertahankan pendirian lebih daripada jawatan.

Menggalas Harapan Perubahan
#PemudaBekerja

FAIZ FADZIL
Timbalan Ketua
Pemuda AMANAH Nasional

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena