Friday, 15 September 2017

[Video Jika jadi PM lagi apa Tun M buat? Teka teki Tun M bertanding dimana terjawab] Jika bertanding, Langkawi atau Putrajaya pilihan Tun M?

Jumaat, 15 September 2017


Image result for Gambar Langkawi

Pakatan Harapan
🚩 
Jika bertanding, Langkawi atau Putrajaya pilihan Dr. Mahathir bin Mohamad
EKSKLUSIF Beliau mengakuinya beberapa kali. Usia yang sudah lanjut dan terlalu lama bergelumang dalam politik.
Menjadi perdana menteri saja Tun Dr Mahathir Mohamad sudah menghabiskan masa selama 22 tahun. Itu belum mengambil kira pembabitannya sebelum itu yang bermula dari bawah.
Namun ketika bahang pilihan raya umum (PRU) semakin dirasai, cakap-cakap bahawa Dr Mahathir akan kembali ke Dewan Rakyat kembali diperkatakan.
Dalam pertemuan eksklusif dengan Malaysiakini semalam, pengerusi Parti Pribumi BERSATU Malaysia (BERSATU) itu menyatakan keterbukaannya terhadap sebarang kemungkinan, termasuk menjadi calon Pakatan Harapan(HARAPAN).
Itu pun dengan beberapa syarat.
"Saya dah tua, saya tak mau bertanding lagi, tapi kalau terdesak sangat, kalau semua parti bersetuju, saya bertandinglah.
"Tapi kalau ada parti dalam Pakatan Harapan yang tak bersetuju, saya tak akan bertandinglah," katanya.
Ditanya lebih lanjut jika Pakatan Harapan bertegas mahukan beliau menjadi calon semula, ahli politik berusia 92 tahun itu menjelaskan - buat kali pertama - kerusi yang mungkin menjadi taruhannya.
"Buat masa ini saya menjadi ketua bahagian BERSATU Langkawi.
"Saya fikir saya boleh (bertanding) ke situ, atau di Putrajaya," katanya di Yayasan Kepimpinan Perdana semalam.
Untuk rekod kedua-dua kawasan berkenaan memang mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan Dr Mahathir.
Semasa menjadi perdana menteri, Langkawi banyak menerima pembangunan daripada kerajaan, manakala Putrajaya dibangunkan oleh Dr Mahathir daripada sebuah kawasan luar bandar menjadi petempatan yang tersusun ketika ini.
Bagaimanapun semasa menjadi perdana menteri kerusi yang diwakili Dr Mahathir ialah Kubang Pasu, Kedah.
Di sebalik kenyataan terbuka itu ketajaman sifat sinisnya tetap menyerlah.
"Tetapi saya tidak akan pergi ke kawasan Najib, sebab ia sebuah kawasan yang sangat pelik.
"Suatu ketika dulu, dia menang dengan majoriti hanya (241) undi dan jumlah pengundi di situ cuma 35,000 orang.
"Pilihan raya berikutnya dia menang dengan 22,000 undi dan jumlah pengund (kemudian) menjadi 80,000," katanya merujuk kepada keputusan PRU sebelum ini.
Pekan menjadi kerusi yang dimiliki Datuk Seri Najib Razak sejak 1976. Malah pada kali pertama dipertandingkan Najib memenangi kerusi berkenaan tanpa dicabar sesiapa.
Bagaimanapun pada PRU ke-10 (pada tahun 1999) undi majoriti yang diperolehi Najib turun mendadak iaitu 241 undi. Bagaimanapun pada PRU selepas itu Najib menguasai Pekan dengan majoriti besar.
Pada PRU ke-13 lalu Najib mempertahankan kerusi berkenaan dengan memperoleh 51,278 undi berbanding lawannya, Fariz Musa (PKR) yang mendapat 15,665 undi.
"Dari mana semua orang ini datang? Saya tak tahu.
"Adalah jelas berlaku banyak penipuan dan saya fikir Najib akan menggunakan penipuan untuk menang nanti," katanya.
Sementara itu dengan nada yang lebih sederhana Dr Mahathir berkata, andai dia tidak bertanding pun, ada satu permintaan daripadanya jika Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan melaui PRU ke-14 nanti.
"Saya harap diberi peluang untuk memberi sedikit pendapat kepada kerajaan kerana saya berpendapat, saya menjadi perdana menteri selama 22 tahun.
"Pengalaman saya banyak dan saya terpaksa tangani banyak masalah dan berjaya menyelesaikannya.
"Justeru mungkin sebahagian nasihat saya berguna untuk kerajaan baru itu nanti," katanya.
Temu bual ini dikendalikan bersama oleh Al-Abror Mohd Yusuf, Andrew Ong, Zikri Kamarulzaman dan Annabelle Lee.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena