Thursday 14 September 2017

TAKZIAH KEPADA KELUARGA MANGSA TRAGEDI KEBAKARAN Netizen perlu hormati sensitiviti. Al Fatihah...

Khamis, 14 September 2017
Foto Parti Amanah Negara.

Foto Dr Siti Mariah.

PELAJAR TAHFIZ MENINGGAL DUNIA DALAM KEBAKARAN: PEMUDA AMANAH RAKAM TAKZIAH
الذين اذا اصابتهم مصيبة قالوا انا لله وانا اليه راجعون
"(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh suatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
Pemuda AMANAH Nasional melahirkan rasa hiba dan sedih dengan insiden kebakaran ngeri di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung awal pagi tadi.
Setakat ini, kira-kira 25 pelajar dan tenaga pengajar dilaporkan terkorban apabila terkepung dalam kebakaran tersebut dan tidak sempat untuk menyelamatkan diri.
Kebakaran itu juga telah menyebabkan ramai cedera dan ada daripadanya kritikal dan kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Kami merakamkan takziah kepada keluarga mangsa, didoakan agar tabah menghadapi ujian besar ini. Pemuda AMANAH Nasional mendoakan agar roh mangsa-mangsa kebakaran ini ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Salam Takziah
MOHD SANY HAMZAN
Ketua Pemuda AMANAH Nasional

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena