Tuesday 26 September 2017

[Video] Mahkamah tentukan jika PM, Rosmah boleh ketepi saman PI Bala.

Rabu, 26 September 2017
Mahkamah tentukan jika PM, Rosmah boleh ketepi saman

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 11 Oktober untuk menyampaikan keputusannya jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan tujuh yang lain akan dibenarkan daripada memfailkan pembelaan mereka,
Saman itu difailkan oleh A Santamil Selvi dan anak-anaknya. Santamil adalah balu penyiasat persendiran (PI) P Balasubramaniam, yang terbabit dalam kes warga Mongolia Altantuya Shaariibuu yang dijumpai mati akibat diletupkan.
Najib dan defendan-defendan lain mahu saman itu dibatalkan tanpa perlu mereka memfailkan pembelaan.
Hakim Datuk Hue Siew Kheng menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujah peguam defendan di kamarnya manakala peguam Gopal Sri Ram dan Americk Sidhu, yang mewakili Santamil, mahu mereka memfailkan pembelaan.
Santamil memfailkan saman itu dan mendakwa anggota keluarganya secara salah dibuang ke luar negara pada 2008 selepas pendedahan Balasubramaniam berkaitan dua akuan berkanun berkaitan Altantuya Shaaribuu.
Keluarga Balasubramaniam mendakwa mereka rugi dan hilang pendapatan susulan hidup dalam buangan antara 2008 hingga awal 2013.

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/396371#HiWFHB7WsbUA5bLS.99

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena