Tuesday, 19 September 2017

[Video MAKIN PARAH! ~ Setelah KWSP kini giliran Petronas pulak] Pelaburan RM80 bilion Najib di AS boleh bina 640 loji rawatan air di Johor.

Selasa, 19 September 2017

Image result for Foto Pelaburan RM80 bilion Najib di AS

Pelaburan RM80 bilion Najib di AS boleh bina 640 loji rawatan air di Johor

KLUANG, 19 SEPT: Kerajaan UMNO-Barisan Nasional (BN) sewajarnya menggunakan sejumlah RM80 bilion yang bakal dilaburkan di Amerika Syarikat (AS) bagi membiayai projek infrastruktur air yang terbengkalai di Johor.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mengkibol, Tan Hong Ping berkata, pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Kahang dan Empangan Kahang perlu dilaksanakan bagi menyelesaikan masalah gangguan bekalan air di Kluang.
“Kos pembinaan LRA Kahang dijangkakan memakan perbelanjaan RM125 juta iaitu jauh lebih rendah berbanding dengan amaun pelaburan yang dibawa ke Amerika Syarikat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Malah, katanya, projek permindahan air dari Empangan Kahang ke LRA Sembrong Timor sementara menunggu LRA Kahang siap juga sehingga kini masih tidak dijalankan meskipun telah diumumkan dalam pembentangan bajet yang lepas.
“Projek yang dijangka menelan perbelanjaan sebanyak RM15 juta ini telah diumumkan dalam Bajet 2017 namun masih belum dimulakan walaupun tiga suku tahun telah berlalu,” katanya yang juga Ahli Jawatankuasa DAP Johor.
Tambah Hong Ping, pelaburan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di AS itu jauh daripada mencukupi untuk membina 640 LRA seumpamanya seperti yang dirancang di Kahang.
“Namun kerajaan hanya menangguh-nangguh projek-projek infrastruktur yang berkaitan rapat dengan kehidupan harian rakyat seperti ini tetapi membuat pelaburan berpuluh-puluh billion di luar negara.
“Daripada pelaburan berpuluh-puluh billion di Amerika Syarikat, nampaknya kerajaan masih mempunyai dana yang mencukupi untuk melaksanakan projek infrastruktur yang saya sebut di atas ini,” ujarnya.
Sehubungan itu, beliau menggesa agar kerajaan UMNO-BN menunjukkan kemahuan politik dalam menyelesaikan masalah gangguan bekalan air berkenaan dengan mempercepatkan projek pembinaan infrastruktur air di negeri itu. – Roketkini.com

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena