Wednesday, 13 September 2017

[Video Najib Ada Duit Bawa Riza Aziz Rosmah Jumpa Donald Trump Tapi Subsidi Rakyat Dipotong] Rumah Putih tak tempah penginapan Najib di Trump Hotel.

Rabu, 13 September 2017

Rumah Putih tak tempah penginapan Najib di Trump Hotel



Penginapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Trump International Hotel di Washington DC semasa lawatannya untuk bertemu dengan presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, telah menarik perhatian.
Bagaimanapun, Rumah Putih berkata ia tidak ada kaitan dengan tempahan tempat penginapan Najib itu.
"Pastinya, kami tidak menempah penginapan hotel mereka.
"Saya tidak boleh bercakap mengenai keputusan peribadi mereka (Najib) di mana mereka menginap di sini (Washington) DC," kata Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Sarah Huckabee Sanders dalam sidang akhbar berikutan pertemuan Najib-Trump semalam.
Sanders menjawab soalan sama ada keputusan Najib untuk menginap di Trump International Hotel adalah percubaan untuk "mengambil hati" presiden AS itu.
Setiausaha akhbar Rumah Putih itu berkata beliau tidak pasti sama ada hotel penginapan Najib dibincangkan dalam pertemuan itu.
Sander juga tidak pasti sama ada siasatan Jabatan Kehakiman AS (DOJ) yang dikaitkan dengan Najib, dibincangkan dalam pertemuan itu.
Najib tidak dinamakan secara langsung dalam saman sivil pelucuthakan DOJ terhadap aset yang didakwa dibeli menggunakan dana yang didakwa diselewengkan dari 1MDB.
Bagaimanapun, saman DOJ itu mendakwa bahawa seorang pegawai Malaysia yang tidak dinamakan - Malaysian Official 1 (MO1) - telah menerima sejumlah besar dana 1MDB yang diselewengkan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan tahun lalu mengesahkan bahawa MO1 adalah Najib.
Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa Najib tidak dinamakan dalam pemfailan DOJ, menunjukkan bahawa perdana menteri tidak menjadi subjek siasatan.
Pengkritik Najib mendakwa bahawa perdana menteri mahu mendapatkan bantuan Trump untuk meringankan tekanan daripada saman DOJ, serta siasatan jenayah oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).
Bagaimanapun, perdana menteri berkata pertemuan tersebut semata-mata mengenai perniagaan, keselamatan dan hubungan dua hala.
Najib telah menafikan sebarang salah guna dana awam untuk kepentingan  peribadi, manakala Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah membersihkannya daripada daripada dakwaan salah laku yang berkaitan dengan 1MDB.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena