Wednesday 13 September 2017

[Video Pakatan Harapan Ada Kekuatan Kalahkan UMNO BN & PAS] 'Lebur duit2 pencarum #KWSP RM16.8 bilion pada Penyokong Israel No.1!' Pelaburan Malaysia ke Amerika Syarikat satu misteri, kata Azmin.

Rabu, 13 September 2017

Foto Suara Rakyat.
Syukur.... MINYAK KEKAL NAIK !!!.. alaa minyak naik 1 SEN & 4 SEN SAJA !!! Bukan effect pon..

SIAPA LAGI nak #BantuPerkukuhEkonomiAS !!.. kalau bukan Malaysia.

JANGAN MELAWAN...
Lebur duit2 pencarum #KWSP RM16.8 bilion pada Penyokong Israel No.1 Amerika Syarikat itu pon satu tanggungjawab negara bagi nak perkukuhkan ekonomi AS..

#JanjiNegaraMasihAman

HAR HAR HAR...

Pelaburan Malaysia ke Amerika Syarikat satu misteri, kata Azmin

Pelaburan Malaysia di Amerika Syarikat (AS) sehingga mencecah RMRM100 bilion sesuatu yang mengejutkan tatkala ekonomi negara memerlukan pelaburan bagi mengukuhkan ekonomi domestik.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamaed Azmin Ali berkata, Pelaburan ini kononnya untuk "mengukuhkan ekonomi Amerika Syarikat" tatkala ekonomi kita sedang memerlukan pelaburan lebih besar selain daripada misteri mengapa Malaysia perlu membantu ekonomi terbesar di dunia itu.
"Saya sangat terkejut dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa Malaysia akan melabur sehingga AS$24 billion (RM100 billion) di Amerika Syarikat.
"Malaysia adalah negara yang ekonominya sedang berkembang dan kita sedang melakukan yang terbaik untuk menarik pelaburan dari negara-negara maju, bukannya menghantar wang kita keluar dari negara ini.
"Baru-baru ini, kita memperoleh pelaburan RM1 bilion daripada IKEA untuk membina pusat pembekalan dan pengedaran serantau untuk Asia Pasifik di Pulau Indah.
"Ia mewujudkan nilai tambah, menjana pekerjaan dan menggandakan kesan ekonomi negara ini," ujarnya dalam kenyataan.
Naib Presiden PKR itu berkata,adalah sukar dipercayai bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengikut Najib, akan membelanjakan antara AS$3 bilion hingga AS$4 bilion ke atas pembangunan semula infrastruktur di Amerika Syarikat.
"Adakah Perdana Menteri cuba memberitahu kita bahawa membantu Amerika Syarikat membina infrastruktur adalah lebih penting daripada membantu Sabah dan Sarawak membina jalan raya dan paip air?
"Wang dalam KWSP adalah wang amanah untuk rakyat dan tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya.
"Kita memahami pilihan Najib untuk bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, namun pemimpin tidak boleh menggadaikan kesejahteraan ekonomi negara hanya untuk peluang bergamba," ujarnya.
Najib dan Trump mengadakan perbincangan dua hala dengan menteri-menteri dan pegawai kanan masing-masing sebelum kedua-dua pemimpin mengadakan pertemuan empat mata di Pejabat Oval.
Kunjungan Najib ke Rumah Putih atas jemputan Presiden Trump, berlangsung lebih sejam.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena