Friday, 29 September 2017

[Video Gelagat najib jadi bahan ketawa & Najib tertidur di MIC Annual Meeting!] Sokongan pengundi Melayu kepada BN semakin merosot – analisis

Sabtu, 30 September 2017

Sokongan pengundi Melayu kepada BN semakin merosot – analisis


SERDANG, 29 SEPT: Terdapat beberapa indikasi kuat menunjukkan pola sokongan pengundi Melayu khususnya kepada Barisan Nasional (BN) di Selangor akan terus mengalami penurunan berbanding pilihanraya lalu.
Penganalisis dan Pengarah Strategik Pilihanraya DAP, Dr Ong Kian Ming berkata, keadaan itu berlaku akibat kesan kenaikan kos sara hidup dan GST yang semakin dirasai bukan sahaja bagi penduduk di kawasan bandar tetapi juga di luar bandar.
“Sokongan kepada Najib di kalangan orang Melayu dilihat lebih rendah berbanding Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
“Parti BERSATU yang diketuai Tun Dr Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin telah berjaya memberi laluan kepada Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk menembusi kubu kuat UMNO yang mana sebelum ini gagal dilakukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Persoalan utama sekarang bukan penurunan sokongan pengundi Melayu kepada BN, tetapi berapakah kadar penurunan itu katanya.
Dalam analisa terbarunya, beliau membuat jangkaan kemungkinan berlakunya tiga scenario selepas PRU14.
Bagi senario pertama, HARAPAN dijangka menang 36 daripada 56 kerusi negeri meskipun kurang daripada 44 kerusi yang dimenangi Pakatan Rakyat dalam PRU13 dan masih menerajui kerajaan Selangor.
Senario kedua menunjukkan berlakunya ‘Tsunami Melayu’ dengan skala kecil di mana HARAPAN dijangka memenangi 43 kerusi negeri – kurang satu kerusi berbanding PRU13.
Manakala scenario ketiga menunjukkan berlakunya ‘Tsunami Melayu’ sekiranya sokongan pengundi Melayu kepada BN jatuh sehingga 10% manakala pengundi bukan Melayu pula mencatatkan penurunan 5%. – Roketkini.com

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena