Sunday 18 December 2016

'Kawan makan kawan?' Pemuda Pas (DPPK) seakan sindir Presidennya, kata MP Sepang

Isnin, 19 Disember 2016
Foto Parti Amanah Negara.

AHLI POLITIK MENYEMPURNAKAN PROSES DAKWAH YANG BERPERINGKAT-PERINGKAT


Ditulis Oleh :
USTAZ HASANUDDIN MOHD YUNUS
Naib Presiden Parti AMANAH Negara

Biasanya manusia akan berada dalam 3 keadaan.

Samada tunduk kepada hawa nafsu, menggunakan aqal atau kembali kepada Penciptanya.

SERUAN MENUNDUKKAN HAWA NAFSU

Manusia sentiasa mengurus diri, keluarga, masyarakat dan negara mengikut hawa nafsu mereka yang rakus.

Maka Allah S.W.T menghantar Nabi-NabiNya untuk membetulkan diri manusia, keluarga, masyarakat malah ketika mereka mengurus dan berhukum dalam negara mereka.

‎يَا دَاوُودُ إِنَّا جَعَلْنَاكَ خَلِيفَةً فِي الْأَرْضِ فَاحْكُم بَيْنَ النَّاسِ بِالْحَقِّ وَلَا تَتَّبِعِ الْهَوَىٰ فَيُضِلَّكَ عَن سَبِيلِ اللَّهِ إِنَّ الَّذِينَ يَضِلُّونَ عَن سَبِيلِ اللَّهِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ بِمَا نَسُوا يَوْمَ الْحِسَابِ

_Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka putuskan hukum di antara manusia dengan (hukum syariat) yang benar (yang diwahyukan kepadamu); dan janganlah engkau MENURUT HAWA NAFSU, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu._ (as-Sad 26)

Mereka menjadikan hawa nafsu mereka sebagai rujukan utama dalam setiap perkara; sehingga Allah menganggap mereka bertuhankan hawa nafsu mereka sendiri.

‎أَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَٰهَهُ هَوَاهُ أَفَأَنتَ تَكُونُ عَلَيْهِ وَكِيلًا

_Nampakkah (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan HAWA NAFSUnya: tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat?_ (Al-Furqaan 43).

Mereka akan sanggup melakukan kezaliman, menganiaya, berlaku tidak adil, menyusahkan manusia seisi alam dan pelbagai warna warni kerosakan.

‎ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ بِالْقِسْطِ شُهَدَاءَ لِلَّهِ وَلَوْ عَلَىٰ أَنفُسِكُمْ أَوِ الْوَالِدَيْنِ وَالْأَقْرَبِينَ إِن يَكُنْ غَنِيًّا أَوْ فَقِيرًا فَاللَّهُ أَوْلَىٰ بِهِمَا فَلَا تَتَّبِعُوا الْهَوَىٰ أَن تَعْدِلُوا وَإِن تَلْوُوا أَوْ تُعْرِضُوا فَإِنَّ اللَّهَ كَانَ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرًا

_Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan HAWA NAFSU supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu MEMUTAR-BALIKKAN keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan._ (an-Nisa 135)

Mereka sentiasa di bawah telunjuk syaitan yang terus menyesatkan.

‎يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ وَمَن يَتَّبِعْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ فَإِنَّهُ يَأْمُرُ بِالْفَحْشَاءِ وَالْمُنكَرِ وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ مَا زَكَىٰ مِنكُم مِّنْ أَحَدٍ أَبَدًا وَلَٰكِنَّ اللَّهَ يُزَكِّي مَن يَشَاءُ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

_Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui_ (an-Nur 21)

Mereka akan nisbahkan segala kesalahan dan kerosakan dengan amalan tradisi yang diwarisi sejak zaman berzaman. 

Mereka menafikan rahsia dan kemuliaan aqal dalam diri mereka sendiri.

‎وَإِذَا قِيلَ لَهُمُ اتَّبِعُوا مَا أَنزَلَ اللَّهُ قَالُوا بَلْ نَتَّبِعُ مَا أَلْفَيْنَا عَلَيْهِ آبَاءَنَا أَوَلَوْ كَانَ آبَاؤُهُمْ لَا يَعْقِلُونَ شَيْئًا وَلَا يَهْتَدُونَ

_Dan apabila dikatakan kepada mereka "Turutlah akan apa yang telah diturunkan oleh Allah" mereka menjawab: "(Tidak), bahkan kami (hanya) menurut apa yang kami dapati datuk nenek kami melakukannya". Patutkah (mereka menurutnya) sekalipun datuk neneknya itu TIDAK MEMAHAMI sesuatu (MENGGUNAKAN AQAL) , dan tidak pula mendapat petunjuk hidayah (dari Allah)?_ (Baqarah 170)

*• KEMBALI KEPADA AQAL*

Selepas berjaya menundukkan hawa nafsu dan menguruskannya, maka aqallah yang akan dimanfaatkan sepenuhnya. 

‎الَّذِينَ يَسْتَمِعُونَ الْقَوْلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحْسَنَهُ أُولَٰئِكَ الَّذِينَ هَدَاهُمُ اللَّهُ وَأُولَٰئِكَ هُمْ أُولُو الْأَلْبَابِ

_Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum ugama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang BERAQAL sempurna._ (az-Zumar 18)

Segala yang baik perlu dituturkan dengan tersusun agar ia mudah difahami. Segala yang baik akan ada sekumpulan manusia yang akan:

1. Mendengarnya 
2. Mengikutinya
3. Mendapat hidayah tuhan 
4. Pengiktirafan sebagai beraqal

Kita inginkan penduduk dunia khususnya rakyat Malaysia, agar memimpin diri, keluarga, masyarakat dan negara menggunakan aqal yang sempurna.

Kitalah yang kena membimbing dan memimpin mereka agar menggunakan aqal yang sempurna. Kekadang mereka lebih baik dari kita dalam penggunaan aqal dalam perkara tertentu.

Kesediaan berkongsilah yang akan menjadikan kehidupan ini semakin ceria.

Allah ciptakan manusia sebagai khalifah untuk mengurus, mentadbir dan mengelola bumi ini.

‎وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً 

_Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi"._ (Baqarah 30)

‎كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُم مِّنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ

_Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan *UNTUK* (faedah) *UMMAT MANUSIA*, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang BAIK dan melarang daripada segala perkara yang SALAH (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik._ (Ali Imran 110)

*• PERTEMUAN AQAL DAN WAHYU*

Kaedah feqah banyak mengajar kita bagaimana menggunakan aqal untuk mencantumkan keindahan wahyu dan erti kehidupan.

Sebab itu kita menyeru rakyat Malaysia untuk mengubah SISTEM di negara ini. Dari sistem yang mengizinkan pencerobohan hawa nafsu yang rakus dalam diri pemimpin negara dan mengawal penjawat awamnya untuk kepentingan peribadi masing-masing.

Wajarkah isteri Perdana Menteri masuk campur dalam urusan negara atau penjawat awam menyimpan/memiliki jutaan ringgit di pejabat atau di rumah mereka?

Ini tidak termasuk apabila Bank Negara dapat mengesan wang Besar dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Malaysia.

*'GOOD GOVERNANCE'* atau tata urus, tata kelola dan tata tadbir negara yang baik, menjadi cita-cita seluruh rakyat Malaysia yang beraqal. Bagi Parti AMANAH Negara kita sambungkan ia dengan MAQASID SYARIAH.

Ketika kita ingin membawa seribu kebaikan untuk rakyat dan negara, kita perlu menafikan terlebih dahulu, pembawa keburukan yang akan memusnahkan kebaikan yang diusahakan itu.

درء المفاسد مقدم على جلب المصالح

_'Menolak kerosakan diutamakan dari mendatangkan kebaikan'_

Benar, di sana ada kaedah lain yang mengutamakan usaha membawa kebaikan ketika bersama kebaikan itu keburukan yang lebih kecil.

Aqal yang sihat sahaja mampu memutuskannya mana lebih besar ketika itu. Kebaikan atau keburukan.

Kita akan melihat keganjalan yang sangat ketara, apabila usaha untuk memulihkan ekonomi digiatkan, sedangkan kita membiarkan perompak di tampuk pemerintahan negara terus meratah harta negara dan membawa pelabur asing menguasai kepentingan negara.

Bagi para cendiakawan Islam, mereka tidak pernah melihat wahyu akan bertembung dengan hasil pemikiran aqal yang sihat. Aqal perlu ditajamkan ketika membaca wahyu. Hanya hawa nafsu sahaja yang kerap bertembung dengan aqal dan wahyu itu sendiri.

Ada kaedah fiqh yang kelihatan bertentangan dengan wahyu. Pernah dibahaskan dengan panjang lebar. Namun titik tengahnya mudah kelihatan dengan sedikit penjelasan. Sebagai contoh:

حكم العقل مقدم على حكم الشرع

_'Hukum aqal terkehadapan dari hukum syarak'_

Selepas penjelasan ramai yang menerimanya. Ia tidak bermaksud hukum syarak adalah kelas kedua.

Ia bermaksud untuk melaksanakan hukum syarak dan meletakkannya pada tempatnya, aqal perlu menilai kesediaan masa, tempat dan manusia serta alam sekelilingnya. Aqal akan membantu untuk mengubah keempat-empat elemen itu agar akhirnya bertepatan dengan wahyu.

Selagi proses perubahan belum berjalan, maka aqal akan mencari rahsia di sebalik syarak, untuk merapatkan manusia dengan syarak itu sendiri.

Yang penting sekarang kita bantu manusia agar dapat mengurus hawa nafsu mereka, agar aqal diutamakan. Nantinya aqal akan menjuruskan diri kepada Penciptanya.

Mohamed Hanipah Maidin
Mohamed Hanipah Maidin

Kawan makan kawan: Ketua Pemuda DPPK seakan sindir Presiden Pas, kata MP Sepang

Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Batu (DPPK), Nurul Islam Mohamed Yusoff yang mengatakan Amanah ibarat "kawan makan kawan"  sekiranya parti itu berhasrat meletakkan calonnya di kerusi tradisi PKR, seakan menyindir Pas dan Presiden Pas.
Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipah Maidin berkata walaupun secara peribadi beliau tidak mengenali Nurul Islam, tetapi apabila beliau membaca kenyataannya itu,  beliau hanya mampu tersenyum dan ketawa sahaja.
"Macam mana saya tidak senyum dan ketawa kerana kenyataannya itu semacam menyindir Pas dan Presiden Pas.
"Bila cakap soal 'kawan makan kawan' mungkin Ketua Pemuda Pas Batu kena tanya Presiden dia sendiri soalan soalan berikut:-
" Bila Presiden Pas sendiri keluarkan watikah dan benarkan calon Pas bertanding di Dun Kota Damansara- kerusi PKR dan pernah dimenangi oleh PKR yang menyebabkan pertandingan 3 penjuru di Dun itu dan akhirnya memenangkan calon BN, itu bukan  'kawan makan kawan' ke saudara?
"Pas tak dikira 'kawan makan kawan' ke di Dun Sungai Aceh di Pulau Pinang saudara?
"Bila Presiden Pas tak mahu sokong dan berkempen untuk Dr Wan Azizah, calon PKR dalam pilihan raya kecil di Parlimen Permatamg Pauh, adakah itu tidak dinamakan "kawan makan kawan" ke saudara?
"Tahukah Ketua Pemuda Pas Batu bahawa para pemimpin Pas yang turun bantu Dr Wan Azizah pada masa itu majoritinya sekarang dalam kepimpinan utama Amanah?
"Bila Presiden Pas tak setuju Dr Wan Azizah jadi ketua pembangkang dan kritik pula kononnya Dr Wan Azizah tidak layak, adakah itu bukan 'kawan makan kawan' ke saudara?
"Bila Pas sanggup hantar hanya nama calon daripada Pas sahaja kepada Y.M Sultan untuk ditabal jadi MB Selangor dalam krisis MB Selangor, tidakkah itu ''juga tergolong dalam 'kawan makan kawan"? soal Hanipah dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau mengulas kenyataan pemimpin Dewan Pemuda Pas Kawasan Batu itu pada selasa, yang dipetik berkata,  ucapan Ketua Pemuda Amanah Mohd Sany Hamzan pada Konvensyen Nasional Amanah pada Sabtu lalu, yang mencadangkan agar kerusi PKR  kawasan Batu yang disandang Tian Chua diberikan kepada Amanah sekiranya beliau tidak yakin pembangkang boleh menang di kawasan itu dalam PRU14.
Mohamed Hanipah yang juga Pengerusi Kanun Amanah Nasional berkata, apa yang disebut oleh Sany masih belum berlaku sedangkan segala peristiwa yang beliau nyatakan itu semua sudah pun berlaku.
"Wahai saudaraku Ketua Pemuda Pas Batu ingatlah 'Al yaqin la yadzulu bishakk," ujarnya.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena