Tuesday 27 December 2016

BR1M Rasuah? BR1M fasa 3 dan akhir diberikan melalui Umno Bahagian! Mengapa melalui Umno?

Selasa, 27 Disember 2016
Persoalan rasuah timbul apabila pemimpin politik yang 'desperado' dan terdesak ambil kesempatan dari konsep dan rencana yang baik ini untuk tujuan dan kepentingan politik," katanya dalam kenyataan.
Buktinya, jelas beliau, ialah semasa ucapan penggulungan perhimpunan Umno baru-baru ini, presiden parti itu membuat pengumuman pemberian BR1M fasa 3 dan akhir diberikan melalui Umno bahagian.
"Disini, wujud elemen rasuah kerana Umno berkepentingan sebagai parti yang mahu meraih undi, memberi wang secara langsung kepada pengundi oleh sebuah parti yang akan sertai pilihan raya boleh menjadikan perbuatan memberi itu kepada perbuatan merasuah.
"Kalau tiada niat mempengaruhi dan merasuah, mengapa pemberian melalui Umno," tanya Mohamad Ezam.

BR1M rasuah?: Ezam pertahan, kata hujah Dr M berasas


Di ketika banyak pihak terutama kerajaan membidas Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) adalah rasuah, Mohamad Ezam Mohd Noor hari ini tampil mempertahankan bekas perdana menteri itu.
Kata Mohamad Ezam yang kini mempengerusikan Hisbah Center for Reform dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), hujah Mahathir itu dibuat dengan berasas dan seharusnya diteliti.
"Kita maklum rencana asal BR1M datang dari Bank Negara dan pada hemat Hisbah, ia mempunyai merit dari sudut ekonomi dan juga sosial.
"Semasa di Kementerian Kewangan, saya sendiri pernah menyatakan dari sudut Islam pemberian cara ini amat dekat dengan prinsip pemberian zakat dalam Islam kerana ada tumpuan kumpulan sasar seperti konsep asnaf.
"Persoalan rasuah timbul apabila pemimpin politik yang 'desperado' dan terdesak ambil kesempatan dari konsep dan rencana yang baik ini untuk tujuan dan kepentingan politik," katanya dalam kenyataan.
Buktinya, jelas beliau, ialah semasa ucapan penggulungan perhimpunan Umno baru-baru ini, presiden parti itu membuat pengumuman pemberian BR1M fasa 3 dan akhir diberikan melalui Umno bahagian.
Mengapa melalui Umno?
"Di sini, wujud elemen rasuah kerana Umno berkepentingan sebagai parti yang mahu meraih undi, memberi wang secara langsung kepada pengundi oleh sebuah parti yang akan sertai pilihan raya boleh menjadikan perbuatan memberi itu kepada perbuatan merasuah.
"Kalau tiada niat mempengaruhi dan merasuah, mengapa pemberian melalui Umno," tanya Mohamad Ezam.
Kelmarin, Mahathir mengingatkan rakyat di negara ini bahawa pemberian BR1M merupakan rasuah dan salah di sisi undang-undang.
Dakwanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menggunakan BR1M bagi meraih sokongan rakyat dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
“Ketika pemerintahan saya, saya tak beri duit tetapi banyak kebaikan yang kerajaan dahulu berikan melalui sistem jalan raya yang baik, peruntukan untuk sekolah mencukupi, anak-anak diberi biasiswa dan banyak lagi.
“Tetapi sekarang rakyat lebih menghargai duit BR1M?,” katanya.
Mengulas lanjut, Mohamad Ezam berkata, dari sudut pentadbiran kewangan negara juga salah kerana Umno adalah sebuah parti dan bukan sebahagian jentera kerajaan.
"Sumber dana BR1M adalah dari hasil cukai rakyat kepada kerajaan. Cukai dan hasil kerajaan bukan bersumber dari ahli Umno sahaja. Mengapa Umno mendapat hak eksklusif membuat pemberian," tambahnya.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena