Tuesday 20 December 2016

Kesatuan Ulama Islam Sedunia NAFI hantar wakil ke Iran (Mengulas pendirian Dr al-Qaradawi bukan mengulas Hadi Awang).

Rabu, 21 Disember 2016
Naib Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertemu mesra dengan Ali Khameini di Iran

Kesatuan Ulama Islam Sedunia nafi hantar wakil ke Iran

ULASAN (Tulisan ini mengulas pendirian Dr al-Qaradawi bukan mengulas Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Baca dengan teliti beserta terjemahan kenyataan wakil al-Qaradawi).
Apabila ada pihak yang mendakwa kononnya Kesatuan Ulama Islam Sedunia iaitu al-Syeikh al-'Allamah Dr Yusuf al-Qaradawi menghantar wakil bertemu mesra dengan Ali Khameini di Iran saya amat dukacita. Saya kehairanan, terkejut dan sedih bagaimana ini mungkin berlaku?!
Ini kerana bagi saya mustahil ulama yang bijak dan faham seperti al-Syeikh al-'allamah Dr Yusof al-Qaradawi dan sesiapa sahaja insan muslim sunni apatah lagi ulama di waktu ini ketika Syiah Iran sedang menyembelih umat Islam Syria sanggup berjabat mesra dengan pemimpin mereka yang bertanggungjawab. Iman, ehsan, ukhuwwah Islamiyyah dan kewarasan insan menolak hal ini.
Saya antara pengkagum Dr Yusuf al-Qaradawi sekalipun saya tidak taklid beliau dalam semua perkara. Saya berharap pengalaman beliau, kecemburuan beliau terhadap nasib umat dan keluasan ilmu beliau dan para ulama yang insaf tidak akan terlibat hal seperti itu.
Bukan isu menziarahi Iran ataupun bersalaman dengan Syiah, tapi isu kejahatan mereka pada waktu ini dan dalam suasana yang seperti ini. Mereka yang matang siyasah, tegap keinsanan serta teguh pegangan pasti cuba mengelakkan hal ini.
Alhamdulillah, dukacita saya berakhir apabila Dr Yusuf al-Qaradawi dan setiausaha beliau Dr Ali al-Qurrah Daghi bukan sekadar menafi tapi mengecam tindakan itu.
Ertinya tokoh umat Islam itu tidak terlibat dalam hal ini. Semoga al-Syeikh al-'Allamah al-Qaradawi dan para ulama yang ikhlas terpelihara dari fitnah seperti ini. Hal tokoh lain saya belum mahu ulas sebab bukan rujukan saya. Saya hanya menumpukan kepada pendirian Dr al-Qaradawi dan tokoh-tokoh ulama yang berwibawa yang saya membaca bahan mereka.
Berikut terjemahan kenyataan Kesatuan Ulama Islam Sedunia itu;
Kecaman Kunjungan (Abdul Hadi) Awang Ke Iran
Kunjungan Timbalan Presiden al-Ittihad ke Iran tidak mewakili Ittihad 'Ulama Muslimin (Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa).
Al-Ittihad al-'Alami Li 'Ulama al-Muslimin - mewakili presidennya fadhilah al- 'allamah Dr. Yusuf al-Qaradawi dan Setiausaha Agungnya Dr 'Ali al-Qurrah Daghi - mengecam keras kunjungan al-Syeikh 'Abdul Hadi Awang, Naib Presiden al-Ittihad al'Alami Li 'Ulama al-Muslimin, dan presiden parti Islam Malaysia ke Iran.
Al-Ittihad al-'Alami li Ulama al-Muslimin melahirkan rasa hairan dengan pemilihan waktu kunjungan, pada ketika Iran melakukan tindakan kejam membunuh saudara kita, khasnya di Halab dan di Syria amnya. Selain peranan yg dimainkan dan ketamakan Iran untuk menguasai wilayah-wilayah kita (Ahli sunnah) termasuk di 'Iraq dan Yaman.
Al-Ittihad juga mengecam kunjungan yang dilakukan pada waktu ini, ia dianggap sebagai satu kunjungan yang tidak sah dari salah seorang yang pimpinan dalam kesatuan, dan kunjungan itu tidak mewakili sesiapa pun melainkan individu itu sendiri.
Ittihad juga menantikan penilaian semula dari al-Syeikh (Haji Hadi) Awang di atas kunjungannya tersebut yang tidak dipersetujui dari segi pemilihan waktu mahupun tempat.
Al-Ittihad dalam masa berkerja untuk mewujudkan kesatuan ummah Islam, namun di sudut yang lain al-Ittihad mengambil pendirian yang jelas menentang setiap ketamakan kepuakan yang diperjuangkan oleh Iran. Al-Ittihad tidak akan melupakan peristiwa-peristiwa yang melanda umat Islam, pertumpahan darah yang mengalir di Halab (Aleppo), jutaan rakyat Syria yang terbunuh, yang tercedera, yang ditawan dan menjadi pelarian di merata tempat.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena