Thursday 29 December 2016

Al-Fatihah: SM Salim meninggal dunia pada usia 88 tahun, 5.45 petang tadi.

Khamis, 29 Disember 2016
Foto Parti Amanah Negara.

Foto Jebat Muallim.

Belasungkawa: Seloka riang SM Salim tetap dikenang

"Ku sangka aur di pinggir tebing, kiranya tebu di pinggir bibir, ku sangka jujur pancaran batin, rupanya palsu penghias zahir".
Bait lirik lagu 'Tak Seindah Wajah' dendangan penyanyi legenda tanah air, Allahyarham Tan Sri SM Salim pastinya akan menjadi kenang-kenangan selamanya, bukan sahaja buat para peminat malahan rakan-rakan artis juga.
Penyanyi dan komposer terkenal M. Nasir berkata Allahyarham serius dalam menjiwai setiap bait lirik lagu dalam nyanyiannya terutama lagu irama Melayu asli dan perkara itu menjadikan setiap lontaran suara emasnya menusuk kalbu para pendengar.
""Kita tidak akan dapat lagi pengganti seperti permata seni negara ini dan kami akan terkesan akan kehilangannya," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Beliau yang pernah berkolaborasi bersama SM Salim menerusi lagu 'Seloka Cak Kun Cak' itu menyifatkan Allahyarham sangat periang dan merupakan kawan yang baik.
SM Salim meninggal dunia pada usia 88 tahun di kediamannya di Ukay Perdana akibat sakit tua pada 5.45 petang hari ini selepas disahkan kritikal sejak awal pagi semalam.
Sementara itu, penyanyi tersohor negara Siti Nurhaliza Tarudin menerusi akaun Instagramnya '@ctdk', berkata kehilangan individu yang dianggap ayah kepadanya amat meninggalkan kesan dirinya serta industri muzik negara.
"Beliau seperti ayahanda yang banyak memberi nasihat dan contoh yang baik serta ilmu yang boleh dimanfaatkan oleh generasi muda seperti saya dan rakan-rakan artis yang lain," katanya yang pernah berduet bersama Allahyarham menerusi beberapa lagu antaranya 'Pandang-pandang, Jeling-jeling'.
Siti Nurhaliza berkata pengalaman bersamanya merupakan pengalaman yang tak dapat dilupakan kerana penyanyi itu memang seorang yang banyak memberi nasihat dan lawak jenaka serta rajin memberi didikan yang baik untuk dicontohi.
Beliau yang kini berada di Jakarta, Indonesia atas urusan kerja turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena