Saturday 31 December 2016

[Video Najib Corruption] Tahun 2016 & 2015 Hadi dan Najib dua tahun berturut-turut duduk sepentas bersama-sama! Pas kian mesra Umno, hala tuju bercelaru...2017?

Sabtu, 31 Disember 2016

Foto Otai BERSIH.
Pesawat k'jaan rentasi Australia ketika keluarga Najib bercuti.Kebetulan, selepas pesawat itu singgah di Gold Coast selama satu jam 41 minit sebelum ke Brisbane, anak Najib, Mohd Norashman memuat naik gambar di Instagram.

2016: Pas kian mesra Umno, hala tuju bercelaru

Tahun 2016 menyaksikan Pas semakin tidak jelas hala tujunya.
Nama sahaja parti pembangkang tetapi sifat mesra Umno-BN istiqamah dengan kemuncaknya penampilan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sepentas bersama Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dalam program solidariti Rohingya, 4 Disember lalu.
Aksi Najib memimpin tangan Abdul Hadi ketika menuruni pentas program itu sebenarnya lanjutan kehadiran mereka berpakaian sedondon dalam Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia, 18 Disember 2015. Bahkan, salah satu daripada antara tujuh resolusi yang dimuktamadkan dalam majlis tersebut adalah pembentukan satu jawatankuasa penaja bagi mengadakan pertemuan berkala Umno-Pas.
Sejak itu, Pas atau lebih tepat Abdul Hadi kerap mengeluarkan kenyataan condong kepada Umno antaranya ketika berucap ketika Himpunan Harapan Rakyat (Harap 3.3) di Kampung Padang Mengkuang, Marang 28 Februari lalu.
Timbalan Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia itu mengakui Pas tidak tamak kuasa sebaliknya sedia menjadi pendukung kuat kepada Umno jika parti tonggak BN tersebut mentadbir negara dengan ikhlas serta kembali kepada ajaran Islam.
Polemik berpanjangan berkenaan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau dikenali sebagai pindaan Akta 355 menyerlahkan kekeliruan Pas sebagai entiti berstatus parti pembangkang.
Ketika baki akar umbi Pas galak mendesak disegerakan pindaan Akta 355, Abdul Hadi tanpa rasa bersalah dua kali berturut-turut meminta perbahasan mengenai RUU itu ditangguhkan. Kali pertama pada 26 Mei iaitu 10 hari sebelum penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar diikuti 24 November lalu.
Peluang yang ada untuk Abdul Hadi menghuraikan cadangan RUU 355 tidak digunakan sebaik-baiknya walaupun sebelum itu Pas beria-ia mahu membentangkannya sehingga mengundang persepsi banyak pihak kemungkinan wujudnya permainan antara Umno-Pas.
Tarik tali Abdul Hadi berhubung pindaan Akta 355 yang menyaksikan pertelagahan dalam jangka masa panjang dalam kalangan masyarakat Islam di negara ini akhirnya berjaya direntap Najib dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung Umno 2016, 1 Disember lalu.
Abdul Hadi dua kali baca cadangan pindaan Akta 355 tapi sendiri minta tangguh
Abdul Hadi dua kali baca cadangan pindaan Akta 355 tapi sendiri minta tangguh
Suami kepada Penaung Pusat Anak Permata Negara (Permata), Datin Seri Rosmah Mansor itu memberitahu pindaan Akta 355 akan diambil alih pihak kerajaan lantaran ia adalah usul persendirian yang akan dikaji pihak kerajaan!
Janji Abdul Hadi pada 24 November lepas untuk partinya mengadakan perhimpunan raksasa bagi membuktikan sokongan massa terhadap pindaan Akta 355 dalam tempoh sehingga Mac sidang Parlimen akan datang tidak keterluan boleh dinilai sebagai senjata Pas untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Sebabnya, fasa yang disebut Abdul Hadi itu semakin menghampiri tempoh yang dianggap ranum untuk berlangsungnya PRU14 dalam jangka masa terdekat iaitu sekitar cuti sekolah selama dua minggu pada akhir Mei dan awal Jun.
Pada ketika hari sebenar "perhimpunan raksasa" tersebut masih teka-teki dan alasan Abdul Hadi menangguhkan huraian pindaan kepada cadangannya itu kerana masih ada pihak tertentu yang keliru, media sosial tiba-tiba viral dengan sekeping gambar sekaligus menggambarkan hubungan intim Umno-Pas.
Kelihatan Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas Pusat, Dr Khairuddin Aman Razali duduk rapat di kanan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Baharom yang sedang berdiri dan berucap di depan khalayak.
Pemimpin Pas Pusat hadir dalam program bersama Menteri Umno di London 27 Disember lalu
Pemimpin Pas Pusat hadir dalam program bersama Menteri Umno di London 27 Disember lalu
Program anjuran Umno yang dinamakan 'Teh Tarik Session' di Malaysia Hall, London pada 27 Disember itu secara jelas menumpukan pada 'usul pindaan Akta 355' seperti terpampang pada poster program yang juga dimuat naik dalam Facebook rasmi Kelab Umno Luar Negara (United Kingdom).
Tiga hari selepas program itu dan mungkin reaksi kepada gambarnya yang viral, Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus mengeluarkan kenyataan rasmi yang sama sekali tidak menafikan kehadirannya dalam program anjuran Umno itu.
Bahkan dalam kenyataan terdiri enam perenggan itu, Ahli Jawatankuasa Majlis Syura Pas berkenaan turut memberitahu Sesi Teh Tarik di London itu adalah antara lebih 10 slot program di Birmingham, Manchester, Dublin dan Belfast, Northen Ireland.
Reaksi berbeza Pas 
Bermusuh dengan Amanah dan DAP yang berpayung di bawah Pakatan Harapan, lain pula reaksi Pas terhadap DAP dalam kerajaan negeri Selangor. Tahaluf siyasi yang sudah luput dengan DAP peliknya tidak menjejaskan hubungan Pas di Selangor yang memegang 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) menyamai PKR manakala DAP (15) kerusi, Amanah (2) manakala Bebas 1 (pro BN).
"Formula politik" Pas di Selangor ini tepat dengan penegasan pemimpin parti itu, Datuk Mahfuz Omar yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena pada 25 Disember lalu. Beliau menyifatkan Pas cuba 'makan sekeliling' sehingga dianggap sebagai parti yang oportunis, tidak berprinsip dan tidak boleh dipercayai.
Tahun 2016 juga Pas mengumumkan blok ketiga bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) iaitu pada 16 Mac lalu dengan penegasan Abdul Hadi bahawa pakatan pembangkang baharu itu mengamalkan prinsip membangkang secara matang dan pendekatan tidak ekstrem.
Walaupun gah dengan budaya politik matang dan sejahtera (BPMS), praktik Pas realitinya lebih kepada politik garang dan menambah musuh. Himpunan Bersih 5 yang terlebih awal diumum dijadualkan pada 19 November kemudiannya dikejutkan dengan keputusan Pas menganjurkan Himpunan Ledakan Suara Rakyat (Lasak) seminggu lebih awal daripada Bersih 5.
Mendakwa pemilihan tarikh Lasak adalah kebetulan dan bukan bertujuan untuk menyaingi Bersih 5, dalih pemimpin Pas untuk himpunan di padang awam di Taman Medan, Petaling Jaya itu jelas satu indikator pada sikap parti itu yang mahu dilihat sebagai ketua.
Kegagalan Pas sepanjang tahun ini untuk berperanan sebagai pembangkang yang berkesan juga terbukti apabila 11 wakil rakyat parti itu melainkan Mahfuz memilih untuk berkecuali dalam pengundian Bajet 2017 pada 7 November lalu ketika 70 wakil rakyat Pakatan Harapan undi menentang manakala 117 undi menyokong.
Paling menjolok mata ketika muktamar tahunan Pas kali pertama selepas parti tersebut berpecah pada 2015 dengan aksi Abdul Hadi menjulang replika keris gergasi sepanjang kira-kira dua meter. Walhal, aksi yang sebelum ini sinonim dengan Umno itu sudah lama tidak dilakukan parti tunjang BN tersebut.
Mesej Pas yang semakin selesa mendekati ciri Umno pada Muktamar Tahunan Pas ke-62, di Kelantan pada Jun lalu itu juga terpancar melalui pemakaian pemimpin parti itu yang tidak pernah berlaku sebelum ini apabila berbaju pahlawan Melayu lengkap berkeris dan bertanjak.
Di Kelantan satu-satunya negeri yang diperintah Pas sejak lebih dua dekad, parti itu gagal menangani masalah pembalakan melampau sehingga menafikan hak Orang Asli di Gua Musang selain isu Kampung Laut. Skandal lombong bijih mangan juga memalitkan imej Pas ekoran tersebarnya dokumen surat akujanji antara syarikat Vigorous Global Sdn Bhd dengan Pejabat Presiden Pas di media sosial, November lalu.
Skandal bijih mangan yang dikaitkan dengan Presiden Pas juga menjejaskan kepincangan kepimpinan parti bulan ituSkandal bijih mangan yang dikaitkan dengan Presiden Pas juga menjejaskan kepincangan kepimpinan parti bulan itu
Janji pihak syarikat bersetuju memberi sumbangan kepada Pejabat Presiden Pas sebanyak RM10 per metrik tan jika syarikat mendapat kelulusan dari kerajaan negeri dengan anggaran mencecah RM200,000 sebulan atau sebanyak RM10 juta bagi tempoh 50 bulan juga mendedahkan kepincangan kepimpinan Pas sehingga mengundang persoalan banyak pihak termasuk kalangan ahli dan penyokong parti tersebut.
Sementara itu, sikap Pas terhadap dua siri pilihan raya di Sarawak dan Semenanjung sepanjang tahun ini juga menggambarkan kehilangan hala tuju Pas yang tidak lebih meletakkan parti itu sebagai pengacau.
Dalam keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 pada Mei lalu, hajat Pas untuk mendapat 'anak sulung' tinggal angan-angan bahkan tujuh daripada 11 calon parti hijau itu hilang wang deposit mereka.
Sentimen kerusi tradisi yang dimainkan Pas ketika Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar pada 18 Jun lalu juga dilihat sebagai melucukan kerana lebih tepat disebut kerusi tradisi kalah.
Di Parlimen Sungai Besar, calon Pas, Dr Abdul Rani Osman cuma mendapat 6, 902 undi berbanding calon Amanah, Azhar Ab. Shukor dalam penampilan sulung parti itu di pentas pilihan raya meraih sebanyak 7,609 undi.
Keputusan di Kuala Kangsar walaupun memperlihatkan calon Amanah, Dr Ahmad Termizi Ramli hanya memperoleh 4,883 ketika calon Pas, Dr Najihatussalehah Ahmad menerima 5,684 undi, tetapi prestasi awal Amanah itu pastinya bukan isyarat yang digemari oleh Pas.
Apa yang nyata, percaturan Pas dalam PRU14 semakin bercelaru memandangkan parti itu tidak menyertai Pakatan Harapan yang dibarisi Amanah, PKR dan DAP bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menandatangani perjanjian berkaitan kerjasama politik pada 13 Disember lalu.
Justeru, pencak Pas di gelanggang siasah tanah air pada 2017 dijangka lebih kalut ketika pada masa sama rakyat sedang menilai dengan siapa parti itu akan berpaut dalam meniti PRU14.
Lebih banyak aksi tarik tali dan kenyataan putar belit Pas mendekati pilihan raya sekaligus memberi cabaran besar kepada blok pembangkang sebenar melalui Pakatan Harapan untuk mara ke Putrajaya.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena