Thursday 22 December 2016

[Video "Najib 'TINDAS' Kakitangan Kerajaan Bawahan"] 'Kerjasama Parti-parti Pembangkang'...PKR tak larang Amanah bertanding di Selangor dan Pulau Pinang

Jumaat, 23 Disember 2016

Foto Ammad Ibni Sharif.

Kerjasama parti parti pembangkang perlu bagi menghadapi BN
Kerjasama parti parti pembangkang perlu bagi menghadapi BN

PKR tak larang Amanah bertanding di Selangor dan Pulau Pinang

PKR menafikan meminta Parti Amanah Negara (Amanah) tidak bertanding di Selangor dan Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) seperti yang dilaporkan akhbar, baru-baru ini.
Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafie berkata, pihaknya tidak membuat sebarang keputusan untuk melarang Amanah daripada bertanding di dua negeri berkenaan.
"PKR Selangor sangat bersetuju strategi satu lawan satu untuk berdepan BN dengan menyeru Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) memberikan lebih fokus dan tumpuan di kawasan selatan Semenanjung atau negeri lain yang belum dikuasai Pakatan.
"Bagaimanapun PKR Selangor akan akur dengan arahan daripada kepimpinan untuk melaksanakan sebarang kerjasama termasuk dalam pembahagian kerusi dengan PPBM,” katanya dipetik Selangorkini.
Baru-baru ini, Timbalan Presiden PKR, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, cadangan penggabungan PKR dan Amanah wajar dipertimbangkan.
Beliau yang juga Menteri Besar Selangor berkata, ia perlu diteliti kerana melibatkan soal kedinamikan parti dan pertubuhan yang demokratik perlu bersikap terbuka.
Mengulas lanjut, Shuhaimi yang juga Setiausaha Politik Mohamed Azmin berkata, isu pembahagian kerusi hanya akan ditentukan kepimpinan parti di peringkat pusat, manakala pihaknya bersedia memberikan sebarang cadangan bersesuaian secara tertutup.
Malaysia Dateline

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena