Thursday 29 December 2016

[Video] PAS & Strategi Makan Keliling...Hisbah Centre for Reform: Sama-sama cari pesalah skandal 1MDB.

Khamis, 29 Disember 2016



Sama-sama cari pesalah skandal 1MDB
WARTAWAN SINAR HARIAN
1MDB

SHAH ALAM - Hisbah Centre for Reform (Hisbah) mendesak rakyat Malaysia bersama-sama mengesan dan membawa setiap pesalah dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ke muka pengadilan.


Pengerusinya, Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor berkata, hanya dengan usaha begini  maruah negara yang tercalar akibat skandal 1MBD dapat diperbaiki dan Malaysia kembali dihormati.

“Kita akan mengumpul maklumat, mencari segala ruang undang-undang yang ada, bekerjasama dengan semua badan-badan masyarakat dan institusi-institusi relevan yang lain. Sehingga akhirnya kita dapat pastikan mereka yang bertanggungjawab dalam skandal 1MDB ini tidak terlepas daripada hukuman menerusi proses undang-undang di dalam negara dan luar negara.

“Sejak beberapa minggu lalu, Hisbah sudah mula mengumpulkan beberapa pengamal undang-undang yang bersedia membantu inisiatif ini. Hisbah juga sudah mendapatkan khidmat beberapa individu dan syarikat perakaunan yang sedia membantu memastikan setiap langkah  diambil mengikut lunas perakaunan dan undang-undang negara dan antarabangsa,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau berkata, Hisbah membuka penyertaan awam seluruh rakyat Malaysia yang mahu bersama inisiatif ini.
“Matlamat terdekat inisiatif ini ialah untuk mengesan dan membawa personaliti utama di dalam kes ini ke muka pengadilan,” katanya.

Menurutnya, inisiatif ini penting untuk mengembalikan imej Malaysia sebagai sebuah negara yang mempertahankan prinsip undang-undang terhadap setiap pesalah tanpa mengira pangkat dan jawatan.
SH.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena