Tuesday 20 December 2016

Kesatuan ulama pula kecam Abdul Hadi? Kunjungan Hadi dibuat ketika "Iran menjalankan jenayah kejamnya" di Aleppo, Syria

Rabu, 21 Disember 2016
Image result for Foto keganasan Aleppo
Aleppo mengalami tragedi yang sangat memilukan. Anak-anak yang tidak berdosa menjadi korban keganasan perang. 


Kesatuan ulama pula kecam Abdul Hadi

Selepas disindir bekas mufti Perlis, kali ini pemimpin tertinggi Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS) pula dilihat menempelak Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Melalui kenyataan dimuat naik pada akaun Facebook KUIS, Dr Yusuf al-Qaradawi dilaporkan mengecam tindakan Abdul Hadi menghadiri perhimpunan antara mahzab di Tehran.
Kata Yusuf, KUIS juga terkejut dengan waktu kunjungan Abdul Hadi berkenaan kerana ia dibuat ketika "Iran menjalankan jenayah kejamnya" di Aleppo, Syria.
"KUIS mengutuk ziarah ini yang dilakukan pada waktu ini (ketika puak Syiah dan Sunni berperang), dan ia dianggap ziarah yang tidak boleh diterima daripada mana-mana pihak pimpinan di dalam KUIS.
"Kunjungan berkenaan tidak dianggap mewakil KUIS tetapi atas kapasiti peribadi sahaja.
"Ketika ini KUIS menunggu Syeikh Abdul Hadi untuk menarik diri daripada kunjungan yang tidak pernah dipersetujui ini, tidak kena pada masanya dan tidak juga pada tempatnya!" kata kenyataan berbahasa Arab berkenaan.
Abdul Hadi berkunjung ke Tehran untuk menyertai persidangan anjuran kerajaan negara berkenaan tetapi mula mendapat kecaman beberapa pihak sejak kelmarin.
Setiausaha politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, kemudian membuat kenyataan mendakwa pemergian presiden PAS itu antara lain adalah atas permintaan wakil Ittihad Ulama Muslimin Iran, Dr Abdurrahman Bayraan.
Abdurrahman, kata Samsuri, adalah tokoh Sunni dan dilantik Yusuf.
Artikel dipadamkan
Tambahnya kehadiran Abdul Hadi adalah supaya beliau dapat membawa suara kelompok Sunni yang berada di Iran bagi mengurangkan sedikit tekanan terhadap mereka di negara berkenaan.
"Beliau juga memaklumkan pemergian beliau kepada Setiausaha Agung Ittihad Alami (nama Arab untuk KUIS) iaitu Prof Dr Ali Qaradaghi yang datang ke Kuala Lumpur bulan lepas, dengan hujah di atas.
"Jadi tidak timbul ianya bercanggah dengan pandangan Syeikh Dr Yusuf Qardhawi," katanya.
Sebelum itu Datuk Dr Juanda Jaya secara sinis berkata, beliau berasa "kemaluan dan kesipuan"membaca catatan dibuat seorang tokoh ulama luar berhubung kehadiran Abdul Hadi di ibu negara Iran berkenaan.
Dalam konflik berpanjangan di Syria, Iran dianggap satu daripada negara yang menyumbang serta menyokong Presiden Bashar al-Assad menentang pemberontak di negara berkenaan.
Rejim Bashar baru saja kembali menguasai Aleppo selepas wilayah itu dikuasai kumpulan pemberontak sejak perang saudara meletus.
Ketika kerajaan Syria dianggap mewakili puak Syiah, pemberontak pula terdiri daripada kalangan pengikut Sunni menjadikan konflik berkenaan ditafsir sebagai perang antara mazhab.
Satu lagi negara yang menyokong Bashar ialah Russia.
Isu berkenaan menjadi lebih menarik perhatian apabila sebuah laman sesawang dikaitkan dengan Abdul Hadi, ulamasedunia.org, memuat naik artikel berjudul "Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang wakili KUIS ke Tehran bawa mesej Umat Islam dua hari lalu.
Bagaimanapun semakan hari ini mendapati kandungan artikel itu dipadamkan.
Untuk makluman, Abdul Hadi adalah naib ketua KUIS.
Dalam kenyataan KUIS lagi, turut mengutuk keras Abdul Hadi ialah Ali sendiri, iaitu tokoh yang dipetik namanya oleh Samsuri dalam kenyataannya kelmarin.
"Dalam usaha menyatukan umat Islam, KUIS juga mengambil pendirian jelas menentang kerakusan projek perpecahan Iran, dan tidak melupakan musibah yang dilalui oleh umat kita (Sunni), serta pertumpahan darah di Aleppo, juga jutaan rakyat Syria yang terbunuh, tercedera, ditawan, dan kehilangan rumah di seluruh Syria," kata kenyataan itu lagi.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena