Monday 19 December 2016

[Video] KASAR BUNYINYA! Pemimpin Malaysia PEROMPAK KEPARAT Curi Wang Dan Menyusahkan Rakyat! Britain tunjuk minat siasatan 1MDB?

Isnin, 19 Disember 2016

Britain tunjuk minat siasatan 1MDB?

Sebuah akhbar berpengaruh di Britain, The Guardian, membuat percubaan mendapatkan akses kepada dokumen bagi memastikan sama ada United Kingdom melakukan siasatan terhadap 1MDB.
Beberapa cubaan untuk memperoleh maklumat berkenaan dibuat melalui permohonan kepada agensi penguat kuasa negara terbabit.
Antara agensi yang dihubungi ialah Kementerian Dalam Negeri, kastam dan polis.
"Semunya ditolak," lapor akhbar itu dalam laporan disiarkan mereka hari ini.
Bagaimanapun The Guardian dilaporkan memperoleh akses satu laporan diplomatik berkaitan yang dibuat Suruhanjaya Tinggi British di Kuala Lumpur walaupun dokumen berkenaan mengalami suntingan yang banyak.
Apa yang tinggal pada laporan berkenaan adalah fakta berkaitan keputusan Peguam Negara (AG) Tan Sri Mohamed Apandi Ali membersihkan Datuk Seri Najib Razak daripada tuduhan rasuah berkaitan wang RM2.6 bilion dalam akaun persendirian perdana menteri.
"Najib berkata beliau menerima AS$700 juta (RM2.6 bilion) sebagai derma daripada keluarga bangsawan Arab Saudi dan ia adalah untuk menyokong amalan Islam di Malaysia serta melawan Daesh.
"Bagaimanapun minggu ini AG berkata wang berkenaan diberikan 'tanpa sebarang pertimbangan'," kata laporan bertarikh 29 Januari itu, namun nama penulisnya telah disunting.
PM sudah nafikan
Satu lagi laporan yang banyak disunting - bertarikh 13 Ogos - juga diperolehi The Guardian.
"Pada 8 Ogos Najib mengumumkan MACC (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) membebaskannya daripada tuduhan rasuah dan dana dalam akaun banknya adalah derma dari Timur Tengah, bukannya dari 1MDB.
"Tiada sebarang kenyataan rasmi oleh MACC berhubung isu berkenaan," kata laporan berkenaan.
The Guardian menyatakan walaupun ada petunjuk satu siasatan terhadap 1MDB sedang berjalan di UK, tiada sebarang pengesahan mengenainya.
Pihak berkuasa di UK dianggap penting dalam pencerahan skandal 1MDB kerana beberapa bank Britain - seperti Royal Bank of Scotland - mempunyai kaitan dengan siasatan kerajaan Switzerland ketika ini.
London juga menjadi tempat bekas rakan kongsi 1MDB - PetroSaudi International (PSI) - beroperasi.
Dokumen digital yang dibocorkan bekas eksekutif PSI dianggap sebagai sumber pendedahan amalan didakwa penggubahan wang haram yang dikaitkan dengan 1MDB.
Setakat ini beberapa individu yang ada kaitan dengan pemindahan dana 1MDB dituduh atau disabitkan kesalahan di Singapura, manakala pihak berkuasa Switzerland sedang menyiasat kemungkinan berlaku kesalahan pada amalan perbankan di negara berkenaan.
Di AS, Jabatan Kehahiman sudah memfailkan saman sivil berkaitan dakwaan penyelewengan dana 1MDB.
Najib sudah menafikan beliau menyelewengkan dana awam untuk kepentingan peribadinya dan mendakwa tuduhan yang dilemparkan terhadapnya adalah sebahagian daripada konspirasi untuk menyingkirkannya daripada kuasa.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena