Wednesday, 28 March 2018

[Video Amanah Yakin Mampu Tadbir Kelantan!] Pasar Baru Pasir Mas-"BAYARAN PARKING akan dikenakan SELEPAS PRU14" & Mahkamah Syariah Kota Bharu semak perkahwinan ketua SPRM.

Khamis, 29 Mac 2018
Foto Otai BERSIH.

Ketua kampung yang masih sokong UMNO suka dihina kot.
Foto Otai BERSIH.
Picture paling Rare dlm himpunan semalam..!!

Foto Otai BERSIH.

Foto Otai BERSIH.

Foto Otai BERSIH.

Foto Otai BERSIH.




Otai BERSIH menambah 4 foto baharu
1 jam
"BAYARAN PARKING akan dikenakan SELEPAS PRU14 kpd pengunjung Pasar Baru Pasir Mas" - Pegawai MDPM, kerajaan PAS Kelantan.
Ini jawapan yang diperolehi setelah pihak saya menghubungi pihak Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM).
Salah seorang wanita peniaga keropok yang saya temui memberi jawapan yang jauh lebih baik daripada jawapan kerajaan, katanya "Apa apa bayaran tambahan atau bayaran parking jika nak dibuat sekalipun biarlah selepas perniagaan di Pasar Baru Pasir Mas maju"
Semakan yang dibuat oleh pihak saya mendapati:
- Pemajak bagi proses kutipan bayaran tempat letak kereta telah pun ada.
- Infra kutipan bayaran seperti pondok di pintu keluar pasar telah pun siap dibina
- Cadangan bayaran kutipan adalah RM2 sekali masuk dan RM0.50 sen bagi setiap jam berikutnya.
Apakah pandangan saya dalam hal ini?
1. Kerajaan PAS Kelantan terutamanya MDPM perlu lebih bijaksana dalam mengurus pasar. Keutamaan sekarang bukanlah membina pondok bayaran kutipan letak kereta, tetapi Pasar Baru Pasir Mas perlu dipastikan bersih, sempurna, selamat, selesa dan menjadi kunjungan ramai.
2. Jawapan "BAYARAN PARKING akan dikenakan SELEPAS PRU14..." adalah sangat tidak patut. Ia menggambarkan niat tidak baik dan keputusan tidak bijak oleh pemerintah.
3. Dalam PRU14 nanti Pengundi Pasir Mas terutamanya para peniaga dan pengunjung Pasar Pasir Mas perlu menolak parti PAS (terbukti gagal mengurus walaupun sebuah pasar) dan UMNOBN (punca harga barang mahal dek kerana cukai GST dan kelemahan pemerintahan).
4. PILIHLAH PAKATAN HARAPAN.

Mahkamah Syariah Kota Bharu semak perkahwinan ketua SPRM

Mahkamah Syariah Kota Bharu semak perkahwinan ketua SPRM

Ketua Pesuruhjaya SPRM Dzulkifli Ahmad dan pasangannya melangsungkan perkahwinan di Kota Bharu pada 24 Januari lalu. Mereka kemudian dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah sehari selepas itu kerana melanggar peruntukan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Kelantan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 27 Mac, 2018.
MAHKAMAH Tinggi Syariah Kota Bharu membuat semakan terhadap pendaftaran perkahwinan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Dzulkifli Ahmad dengan wanita yang sebelum ini didakwa ada hubungan sulit dengannya.
Dzulkefli dan pasangannya atau wakil mereka bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah.
Menurut sumber mahkamah, semakan oleh Hakim Syariah Norhasney Ridhwan Hassan itu pada ketika ini tidak memerlukan kehadiran mereka.
Dzulkifli dan pasangannya melangsungkan perkahwinan di Kota Bharu pada 24 Januari lalu. Mereka kemudian dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah sehari selepas itu kerana melanggar peruntukan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Kelantan, tambah sumber berkenaan.
Menurut sumber itu, pasangan itu didenda RM250 pada 25 Januari lepas.
“Pendakwaan itu dibuat kerana pasangan bernikah tanpa kebenaran Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk, Jabatan Hal Ehwal Islam Kelantan,” kata sumber berkenaan kepada wartawan.
Tahun lalu, beberapa klip video yang mendakwa ketua pesuruhjaya SPRM itu mempunyai hubungan dengan isteri orang tersebar di Internet. Dzulkifli ketika itu tidak menafikan tuduhan berkenaan tetapi tidak juga mengesahkannya.
Beliau sebaliknya menyifatkan tuduhan berkenaan sebagai "taktik kotor" yang dilemparkan terhadapnya kerana ketegasannya dan pendekatan agresif SPRM melawan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
Dzulkifli kemudian disiasat oleh polis di bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan atas dakwaan memikat isteri orang untuk mengadakan persetubuhan haram, selepas tersebarnya siri klip video yang menunjukkan beliau bercuti dengan seorang wanita di Bali, Indonesia.
Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi dalam jawapan bertulisnya kepada Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo minggu lalu menyatakan kes terhadap Dzulkifli telah ditutup kerana tiada bukti kukuh untuk meneruskan siasatan terhadapnya.
Dalam jawapannya, Zahid berkata kertas siasatan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara dua kali pada 17 Oktober dan 30 Oktober tahun lalu, tetapi dikembalikan kepada polis untuk tindakan lanjut dan kemudiannya ditutup kerana tiada bukti untuk meneruskan siasatan.
"Kertas siasatan itu dirujuk kembali kepada AG dan diputuskan bahawa pernyataan pada masa ini menunjukkan sebarang elemen di bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan," kata Zahid. – 27 Mac, 2018.
TMI.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena