Saturday 24 March 2018

[Video TERBARU PARLIMEN BUBAR MINGGU DEPAN] Tarikh PRU14 MENGAPA ZAHID HAMIDI TERLEBIH GHAIRAH BERCAKAP?

Ahad, 24 Mac 2018


Tumpang sekole.

MENGAPA ZAHID HAMIDI TERLEBIH GHAIRAH BERCAKAP TENTANG TARIKH PILIHANRAYA?


Berbanding mana-mana Timbalan Perdana Menteri sebelum ini, Ahmad Zahid Hamidi didapati paling kerap membuat jangkaan atau ramalan mengenai bila tarikh pilihanraya umum akan diadakan.

Hanya dalam tempoh antara November 2017 hingga Mac 2018, beliau sekurang-kurangnya sudah lima kali menjadi "nujum pak belalang"  mengenai perkara itu.
Keghairahannya bercakap mengenai tarikh pilihanraya itu nyata melebihi apa yang ditunjukkan oleh Najib Razak sendiri selaku Perdana Menteri.

Dalam beberapa reaksinya tentang tarikh pilihanraya umum, Najib hanya mengatakan belum ada ilham mengenainya, meminta semua jentera bersiap sedia dan terbaru beliau bergurau dengan pihak media dengan berkata, "bila mahu pilihanraya?"
Berikut adalah fakta mengenai kekerapan Zahid Hamidi membuat ramalan atau jangkaan mengenai tarikh pilihanraya.

Pada 12 November 2017, Zahid Hamidi berkata pilihanraya umum akan diadakan pada tahun hadapan.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Perwakilan ke 46 Parti Gerakan di Menara PGRM, Kuala Lumpur.

Pada 26 November 2017, Zahid Hamidi memberi bayangan PRU 14 akan diadakan selepas sambutan Tahun Baru Cina yang jatuh pada pertengahan Februari 2018.

Beliau menyatakan perkara itu ketika merasmikan Tokong Teoh Fu Kiong di Hutan Melintang, Bagan Datuk.

Pada 18 Februari 2018, Zahid Hamidi membayangkan PRU 14 akan diadakan sebelum sambutan Hari Raya Aidil Fitri yang jatuh pada pertengahan Jun depan.

Beliau membayangkannya ketika berucap di Majlis Semarak Mahabah di Sekolah Menengah Agama Al Islah, Sungai Lampam, Teluk Intan, Perak.

Pada 13 Mac 2018, Zahid Hamidi berkata lagi, tarikh pilihanraya umum mungkin akan diumumkan selepas usul persempadanan baru kawasan pilihanraya diluluskan oleh Parlimen dan sebelum sidang Dewan Rakyat berakhir pada 5 April depan.

Hari ini, 24 Mac 2018, Zahid Hamidi sekali lagi menyebut mengenai tarikh PRU 14 dengan menyatakan ia bakal diadakan sebelum atau dalam bulan Mei tahun ini.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Jelajah Pendidikan Bumiputera 2018 di Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk, Perak.

Kenapakah Zahid Hamidi terlalu ghairah mahu memberitahu orangramai mengenai tarikh pilihanraya seolah-olah beliau tahu mengenainya?
Adakah mana-mana Timbalan Perdana Menteri sebelum ini berperangai seperti beliau ini?

Bukankah tugas memilih dan menentukan tarikh pilihanraya adalah di tangan Najib selaku Perdana Menteri?

Bukankah juga selaku orang nombor dua, Zahid Hamidi sepatutnya lebih menumpukan kepada kerja dan memastikan jentera bersiap sedia bagi menuju kemenangan, bukannya  sibuk-sibuk mahu menunjukkan seolah-olah beliau turut tahu mengenai tarikhnya?

Dan kalau pun beliau tahu atau diberi bayangan oleh Najib mengenainya, tidakkah lebih berhemah jika beliau berdiam diri saja dan menyerahkan persoalan itu untuk dijawab sendiri oleh Perdana Menteri?

Apa yang Zahid Hamidi ingin tunjuk kepada orangramai sebenarnya?

Adakah Zahid Hamidi mahu memberitahu beliau sedang berkongsi jawatan Perdana Menteri dengan Najib atau ia gambaran dalam hatinya tidak sabar lagi ingin menjadi Perdana Menteri? (ShahbudinHusin 24/03/2018)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena