Monday 19 March 2018

[Video Isu diplomat Israel datang KL, Reezal jawab Wan Azizah] Manifesto Pas-Gagasan Sejahtera hanya janji umum, tidak sebut Hudud & Pas berjaya dilunakkan nadanya oleh Umno-BN? Guaner walaun2 semua? Tak rasa lencun ke dikencing hidup2.

Selasa, 20 Mac 2018
Takiyuddin kata PH nak hapus GST tu tak realistik. Tapi PAS umum manifesto, ada tak hasrat nak hapus GST. Yg hilang tak disebut dan tak ada bayang langsung ialah RUU355. Guaner walaun2 semua? Tak rasa lencun ke dikencing hidup2...
Tumpang sekole.

Manifesto Pas-Gagasan Sejahtera hanya janji umum, tidak sebut Hudud

Haji Zulkifli Mohamed

Ketua Penerangan Pakatan Harapan (PH) Pahang, Haji Zulkifli Mohamed menyifatkan manifesto Pas-Gagasan Sejahtera hanyalah sebuah manifesto retorik, sedap dibaca tetapi tiada banyak makna.
Ia tidak memiliki roh perjuangan yang sebenar sebaliknya ia hanyalah sebuah “manifesto nasihat” yang tidak dipedulikan oleh rakyat, kerana rakyat memahami bahawa manifesto tersebut hanyalah suatu usaha yang tidak serius untuk menyelesaikan kepincangan yang sedang melanda negara pada hari ini, katanya.
Lebih mendukacitakan tambahnya, perjuangan Islam PAS yang amat sinonim dengan perjuangan Hudud dan RU355 tidak dimasukkan dalam manifesto yang dilancarkan kelmarin.
Ujarnya, Pas seolah-olah telah berjaya dilunakkan nadanya oleh Umno-BN melalui ayat yang sangat umum di bawah tawaran ke-11 yang berbunyi, “Memperkasakan peruntukan Islam sebagai agama persekutuan dengan melaksanakan tuntutan Islam sebagai al-Din iaitu sistem yang melengkapi seluruh aspek kehidupan.”
“Sebagai parti yang memperjuangkan Islam sebagai agenda utamanya, melaksanakan hukum Hudud sepatutnya ditulis secara terang-terangan dan diletakkan sebagai tawaran yang teratas sekali dan bukan ditulis secara umum.
“Jelaslah hudud dan RUU355 hanya sebagai topeng agama yang digunakan untuk memecahbelahkan orang Islam dan rakyat di negara ini.
“Hal ini penting bagi rakyat menilai keseriusan perjuangan Gagasan Sejahtera yang diterajui PAS,” kata Pengarah Komunikasi Parti AMANAH Pahang itu dalam kenyataannya semalam.
Ironinya sebahagian besar tawaran yang dicanangkan dalam Manifesto PAS-Gagasan Sejahtera pada hakikatnya merupakan agenda umum yang sebenarnya telah perjuangkan oleh PH, tambahnya.
“Oleh itu jelas Pas-Gagasan Sejahtera bukanlah parti yang layak untuk mentadbir negara selepas PRU14 ini,” kata beliau.
MD.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena