Wednesday 28 March 2018

[Video Ucapan Pemimpin PH Di Himpunan Tolak Penipuan SPR] Warga emas berarak tolak penipuan persempadanan pilihan raya.

Rabu, 28 Mac 2018

Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menyampaikan pidatonya dalam himpunan Bersih menolak persempadanan semula kawasan pilihan raya yang diadakan di hadapan bangunan Parlimen hari ini.

Sebahagian daripada pimpinan parti, ahli parlimen pembangkang dan ahli jawatankuasa Bersih yang hadir pada perhimpunan diadakan hari ini.

Jalaluddin Ab Manap

Warga emas berarak tolak penipuan persempadanan pilihan raya

Warga emas berarak tolak penipuan persempadanan pilihan raya

Terik matahari tidak mematahkan semangat Pak Amjal untuk turut berarak membantah penipuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.

Berusia 82 tahun, pemilik Restoran Amjal di Jalan Pantai Baharu dekat Universiti Malaya (UM) ini tekad membantah persempadanan semula kawasan pilihan raya yang tidak adil.
Datuk kepada lebih 22 cucu ini dengan nama sebenarnya, Jalaluddin Ab Manap antara kira-kira 1,000 peserta yang menyertai unjuk rasa di Jalan Parlimen ketika pembubaran sidang Dewan Rakyat semakin hampir.
“Persempadanan semula ini hanya muslihat untuk menyekat kemenangan Pakatan Harapan (PH). Rakyat kena faham dalam soal perjuangan usaha mesti berterusan. Ada ruang begini, turunlah ke jalan raya.
“Kita dah tahu tidak boleh bersekongkol dengan kebatilan. Jadi, tugas kitalah untuk memperjuangkan yang hak mengikut cara masing-masing. Jangan jadi macam Pas,” tegasnya ketika ditemui semasa perarakan.
Menurutnya, Ahli Parlimen sepatutnya bangkit menentang tindakan Perdana Menteri membentangkan laporan persempadanan semula untuk kawasan pilihan raya di Semenanjung tengah hari itu.
“Kalau jadi Ahli Parlimen hadirlah persidangan dan bangkitlah berbahas bertegang urat dengan BN di Dewan Rakyat.
“Kita sebagai rakyat biasa ini, berarak beginilah cara kita untuk memberitahu kerajaan jangan sewenang-wenangnya memperbodoh rakyat,” ujarnya lagi.
Laungan slogan ‘tolak laporan’ dan ‘tangkap penyamun kedengaran sepanjang perarakan dari kawasan Tugu Negara menuju ke bangunan Parlimen sebelum dihalang barisan polis kira-kira 200 meter dari pintu pagar Parlimen.
Terdahulu mereka yang sebahagiannya berpakaian BERSIH berhimpun di lokasi Tugu Negara mulai pukul 8 pagi tadi dengan mendengar siri ceramah daripada BERSIH, pimpinan PH dan aktivis badan bukan kerajaan (NGO).
Kemuncak ceramah Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan kawalan keselamatan ramai anggota polis.
Peserta dengan turut membawa sepanduk kemudiannya mengiringi delegasi BERSIH untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Speaker Dewan Rakyat bagi mengelak laporan SPR dibahaskan memandangkan kes bantahan masih berjalan di mahkamah.




0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena