Saturday 24 March 2018

[Video Jelajah PH Berani, Menerjah & Berjaya Menggempur Felda] Bila PM online & MB online bersatu maka akan ujud lah tukun udang & tukun sutun...Undang2 Berita Palsu-Najiblah orang pertama didakwa.

Ahad, 25 Mac 2018

Foto Otai BERSIH.
Bila PM online & MB online bersatu maka akan ujud lah tukun udang & tukun sutun bagi menggantikan pasu bunga..๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

KALAU UNDANG2 BERITA PALSU SUDAH ADA, NAJIBLAH ORANG PERTAMA YANG PATUT DIDAKWA!!!

Dalam sebuah program siaran langsung dua hari lalu, Najib Razak dengan bangganya mengatakan bahawa laporan PAC atau Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara telah mengesahkan beliau tidak mencuri wang 1MDB.

Adakah dalam laporan itu yang mengatakan saya telah mencuri wang 1MDB? Tidak sama sekali, kata Najib.
Betulkah kata-kata Perdana Menteri itu?

Menurut salah seorang anggota PAC, Tony Pua, laporan PAC berkaitan 1MDB sebenarnya bukan saja tidak mengatakan Najib mencuri wang daripada syarikat pelaburan itu, tetapi ia juga tidak menyebut Perdana Menteri tidak mencuri duit 1MDB.
Menjelaskan kedudukan sebenarnya, beliau berkata, peranan Najib dalam skandal 1MDB tidak pernah disebut kerana PAC tidak pernah diberi peluang  untuk menyoal serta menyiasat Perdana Menteri.

PAC juga, tambah Tony Pua yang  merupakan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, tidak pernah sama sekali menyiasat sumber dana RM2,600 juta yang masuk ke akaun bank peribadi Najib.
"Meskipun PAC tidak pernah menyiasat sumber pemberi duit RM2,600 juta itu, Najib sebaliknya tanpa malu-malu membersihkan nama beliau sendiri kononnya tidak pernah mencuri duit 1MDB," kata Tony Pua lagi.
Katanya, Pengerusi PAC sebelum ini, Nur Jazlan Mohamed telah bersetuju bahawa Najib perlu menjawab kepada PAC tentang peranannya dalam skandal 1MDB, tetapi penggantinya, Hassan Ariffin telah menolak semua percubaan untuk memanggil Perdana Menteri.

"Ahli BN dalam PAC menghalang semua percubaan untuk memanggil Najib dengan alasan "Perdana Menteri tidak terlibat" atau "Perdana Menteri tidak relevan" untuk disiasat," jelas Tony Pua seterusnya.

Dengan penjelasan Tony Pua ini, bermakna adalah tidak tepat untuk mengatakan Najib secara mutlaknya tidak pernah mencuri duit 1MDB.

Hakikatnya, laporan PAC bukan saja tidak menyebut Najib mencuri duit 1MDB, tetapi juga tidak menyebut Najib tidak mencuri duit 1MDB.
Ini kerana PAC tidak pernah diberi peluang untuk menyiasat dan menyoal Najib.

Dalam erti kata lain, kenyataan Najib bahawa laporan PAC telah mengesahkan beliau tidak pernah mencuri wang 1MDB adalah sesuatu yang tidak disahkan kebenarannya.

Bermakna, soal sama ada Najib mencuri atau tidak duit 1MDB hanya hanya boleh disahkan jika beliau ada keberanian membenarkan dirinya disiasat dan disoal oleh PAC terlebih dahulu.
Dalam konteks berkaitan, menurut Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Jailani Johari beberapa hari sebelum ini, berita mengenai 1MDB yang tidak disahkan oleh kerajaan adalah dianggap sebagai berita palsu.
Jika logik itu boleh dipakai, bermakna pengesahan Najib kepada dirinya sendiri bahawa beliau tidak pernah mencuri wang 1MDB bolehlah dianggap sebagai berita palsu kerana kedudukan yang sebenar ialah perkara itu tergantung di tengah-tengah antara "tidak mencuri dan tidak juga tidak mencuri".

Kecuali jika Najib bersedia dalam waktu yang terdekat ini untuk memberanikan dirinya disoal dan disiasat oleh PAC, maka barangkali bolehlah disahkan daripada jawapan dan bukti-bukti yang dapat ditunjukkan sama ada dana RM2,600 juta yang pernah ada dalam akaun banknya itu bersumberkan 1MDB atau betul-betul derma daripada Pak Arab.

Ketika itu, jika terbukti wang yang diterimanya bukan daripada 1MDB atau bukan dimasukkan oleh Tanore Finance Corporation, barulah Najib boleh berbangga menyebarkan berita benar yang mengatakan beliau telah disahkan tidak mencuri wang 1MDB.

Oleh itu, mujurlah undang-undang berita palsu belum ada ketika ini, jika tidak, Najib adalah orang pertama yang patut didakwa kerana menyebarkan berita palsu berkaitan 1MDB ke seluruh negara. (ShahbudinHusin 25/03/2018).

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena