Monday 19 March 2018

[Video PELIK PAK LEBAI SOKONG RASUAH!] Ahmad Dusuki Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam doakan 'pakatan yang jahat' hancur walaupun Selangor ada Exco, Adun PAS & Askar tembak jatuh MH17 mati bunuh diri.

Selasa, 20 Mac 2018

Image may contain: 1 person, text
Ulamak PAS doakan “pakatan yang jahat” hancur walaupun Selangor ada Exco, Adun PAS.
Tumpang sekole.
Foto Otai BERSIH.
Apa komen anda...?


Askar tembak jatuh MH17 mati bunuh diri



Tentera yang dianggap Ukraine sebagai wira perang atas pembabitannya dalam puluhan perang - dan dituduh menembak pesawat udara MH17 - mmembunuh diri di rumahnya semalam.
Menurut polis sepucuk pistol turut ditemui berhampiran mayat Kapten Vladyslav Voloshyn itu.
BBC yang memetik laporan media Ukraine berkata Voloshyn membunuh diri di rumahnya di Mykolaiv yang terletak berhampiran Laut Hitam.
Semasa hidupnya Voloshyn melaksanakan 33 misi menggunakan jet tempur Su-25 bagi menyerang pemberontak yang disokong Rusia di timur Ukraine.
Bagaimanapun Voloshyn menafikan dia bertanggungjawab menyebabkan pesawat Malaysia yang membawa 298 penumpang dan anak kapal itu berkecai di udara sebelum terhempas dalam kejadian pada 17 Julai 2014 itu.
Dia juga menganggap tudingan Moscow ke arahnya atas tragedi menimpa pesawat MAS berkenaan sebagai satu penipuan.
Voloshyn, 29, sudah meninggalkan pasukan tentera dan diberi tanggungjawab menguuruskan sebuah lapangan terbang di Mykolaiv.
Media tempatan melaporkan Voloshyn sebelum ini mengalami kemurungan. Bagaimanapun punca kemurungan itu tidak dinyatakan.
Anggota keluarga dipetik media Ukraine berkata, Voloshyn sebelum ini mengalami kemurungan.
Ketika kejadian keluarga Voloshyn dilaporkan berada di rumah berkenaan. Mereka mengejarkan Voloshyn ke hospital tetapi disahkan dia kemudian disahkan sudah mati.
Pesawat udara MH17 itu ditembak ketika ia dalam perjalanan dari Amsterdam, Belanda ke Kuala Lumpur.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena