Tuesday 20 March 2018

[Video Rakyat Selangor Mahu Kekalkan Dibawah Pentadbiran Pakatan Harapan] Mahathir lahirkan kebimbangan dakwaan Cambridge Analytica bantu kempen BN.

Selasa, 20 Mac 2018

Mahathir lahirkan kebimbangan dakwaan Cambridge Analytica bantu kempen BN

Mahathir lahirkan kebimbangan dakwaan Cambridge Analytica bantu kempen BN

Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan kebimbangan beliau mengenai dakwaan Malaysia megunakan khidmat syarikat penganalisis data Cambridge Analytica dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, syarikat itu akan memberikan kesan yang buruk kepada pola sokongan pengundi yang lebih menjurus akan memihak kepada kerajaan Barisan Nasional.
“Kita khuatir dengan ‘rumors’ (khabar angin) bahawa kerajaan mengunakan Cambridge Analytica ini untuk pengaruhi fikiran rakyat menyokong kerajaan.
“Cara Cambridge Analytica ini amat buruk sekali dengan mengunakan pelbagai cara untuk pengaruhi pengundi termasuk menawarkan wanita. Ini tidak dapat diterima oleh kita,” ujarnya dalam sidang media diadakan hari ini.
Beliau mengulas laporan media,Cambridge Analytica yang diharamkan dari Facebook, dengan gahnya mendedahkan di media British, Channel 4 News bahawa syarikat itu melakukan kerja pilihan raya di Malaysia.
Maklumat di laman web Cambridge Analytica menunjukkan syarikat itu terlibat membantu BN memenangi semula Kedah daripada Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum 2013 melalui mesej kempen bersasaran sejak 2008.
Bekas perdana 22 tahun ini berkata, rakyat perlu diberikan maklumat yang tepat mengenai politik tanah air.
Pada pilihan raya itu, BN menang 21 daripada 36 kerusi negeri serta 10 daripada 15 kerusi Parlimen.
“Rakyat perlu beri maklumat yang penuh dan tepat dan tidak cuba mengacau dan menganggu fikiran kemudian akan mendorong mereka mengundi parti kerajaan.
“Tetapi tiada rekod yang membuktikan kerajaan negeri Kedah dirampas kerana perlakuan sedemikian.Kedah tiada campurtangan pihak luar,” ujarnya.
Cambridge Analytica, syarikat perunding data yang bekhidmat untuk kempen Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam pemilihan 2016.
Timbalan Presiden PH Tan Sri Muhyiddin Yassin pula ketika ditanya mengenai syarikat analisis data itu memberitahu ketika beliau di dalam kerajaan tidak pernah megetahui mengenai kewujudan syarikat tersebut dalam usaha membantu kemenangan BN dalam pilihan raya.
MD.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena