Monday 26 March 2018

[Video Mazlan Aliman-Kegagalan Projek Caviar Sturgeon FELDA & Risiko ikan sturgeon-Haram untuk diternak!] Dr Rozaimi Ramle: Hj Hadi juga tidak layak menjadi calon PM bagi Gagasan.

Selasa, 27 Mac 2018




Hj Hadi tidak layak menjadi calon PM bagi Gagasan

Ramai sahabat-sahabat meminta komentar saya berkaitan wacana anjuran Sinar Harian bertajuk: Adakah Tun M Terlalu Tua Untuk Menjadi PM?

 Pada mulanya saya fikir tidak mahu memberikan ulasan kerana saya bukan orang politik, namun ramai meminta pandangan saya, saya kira elok juga saya menulis sedikit berkaitan wacana ini. 

 Berikut ulasan saya: 

 1. Jawapan bagi tajuk wacana ini sebenarnya jelas iaitu sememangnya Tun sudah tua. Tiada bantahan pada fakta ini. 

2. Ada isu yang lebih utama disebalik penganjuran wacana ini iaitu adakah Tun M mampu menjadi PM di umur begini. Ini persoalan utamanya. 

 3. Panel yang menjadi perbualan netizen pada wacana itu ialah panel pertama iaitu Dr Kamarul Zaman. 

 4. Berbagai-bagai respons netizen berkaitan hujah Dr Kamarul Zaman ini. Ada yang mengatakan ia hujah yang kuat walaupun beliau tidak fasih. Ramai penyokong PAS saya lihat membela beliau dan menyatakan hujahnya kuat termasuk pimpinan PAS. Ada yang mengatakan hujah beliau ke laut ditambah pula gagap terutama setelah Tun M sampai ke dewan wacana. 

 5. Benar kefasihan bukan segalanya dalam wacana ilmiah. Hujah dan fakta lebih utama. Saya cuba memerhatikan isi kandungan hujah beliau. Setelah mendengar hujah-hujah Dr Kamarul Zaman yang tidak bersetuju Tun M menjadi PM. 

Dari 10 hujah beliau saya kira 3 hujah utama yang beliau utarakan. Manakala bakinya bagi saya adalah hujah sampingan yang menyokong hujah utama ini. Atau dalam bahasa ilmu hadisnya ia hujah isti'nas. 

 6. Dr Kamarul Zaman menyatakan isu kesihatan Tun M yang tidak baik maka ia menjadi alasan beliau untuk mengatakan Tun tidak layak menjadi PM. 

Saya kira jika ini yang menjadi hujahnya, Presiden PAS juga tidak layak menjadi calon PM bagi Gagasan kerana faktor yang sama. Faktor kesihatan Presiden PAS serba sedikit menganggu kehadiran beliau ke Parlimen. Sehinggakan beliau diberi rawatan rapi tahun lepas di IJN. 

 Saya menjadi tertanya-tanya adakah pimpinan PAS dan penyokong PAS yang menyokong hujah Dr Kamarul Zaman sedar apa yang mereka sokong? Adakah mereka juga bersedia untuk mengatakan Presiden mereka sendiri juga tidak layak menjadi PM atas alasan yang sama? 

 Atau mereka hanya sokong kerana Dr Kamarul menghentam musuh politik mereka. Apa saja implikasi hujahnya mereka tidak fikir atau peduli? 

 7. Dr Kamarul membawa hujah berkaitan genetik Tun M. Jika kerabat Tun M meninggal dunia pada umur tertentu menjadi alasan. Saya kira hujah ini hanya bersifat spekulatif. Jika mahu diterima juga, jangan dilupa bahawa Tun Razak meninggal pada umur 54 tahun. Adakah YAB Dato Sri Najib juga tidak layak menjadi calon PM akan datang kerana alasan genetik? 

 Saya juga dimaklumkan bahawa 4 orang adik beradik Presiden PAS juga sudah meninggal dunia. Jika berita ini benar, adakah secara genetik Presiden PAS juga tidak layak menjadi PM? 

 Setelah hujah pertama menolak Tun M dan ia juga boleh difahami menolak presiden PAS. Maka hujah ini boleh difahami menolak tiga-tiga calon. Maka siapa calon pilhan Dr Kamarul Zaman? 

8. Hujah seterusnya yang diutarakan oleh Dr Kamarul Zaman ialah hujah flip flopnya Tun. Dahulu kata Tuan Guru Nik Aziz sudah tua untuk terus berpolitik, Anwar juga telah tua untik jadi PM. 

 Saya kira hujah ini relevan. Dr Kamarul Zaman wajar untuk minta Tun M tarik balik pendiriannya yang lama. 

 Tapi itulah ahli politik. Jarang mahu tarik balik pendirian lama. Jika ada pun alasan mereka, mereka akan kata suasana telah berubah. Sama macam dulu PAS yang sangat keras dengan UMNO namun sekarang mereka perkenalkan politik matang dan sejahtera. Itu biasa bagi ahli politik. 

 Namun bagi saya, jika Tun M tarik balik pendirian beliau itu bagus. Namun jika beliau tidak tarik, ia tidaklah sampai menyebabkan beliau hilang kredibiliti mentadbir negara. 

 Sekian ulasan saya bagi hujah Dr Kamarul Zaman tempoh hari. 

 Dr Rozaimi Ramle ~ sumber

MALAY JAYA

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena