Wednesday 21 March 2018

[Video Lim Guang Eng berjoget nyanyi lagu GST] Tolong! tolonglah saya! Kepada guru, sila..sila masuk Umno! Pegi Mampos la...‘Bolehkah guru sertai DAP atau parti komponen HARAPAN yang lain?’ soal Kit Siang kepada KSN'

Rabu, 21 Mac 2018

Pegi MAMPOS la...


Fake Tengku Adnan buat function UMNO kat sek. Bagi murid² kibar bendera party. Tapi PDRMsia buat dont know! Bila LGE nyanyi lagu GST nak rakam statement daripada dia... 

‘Hidup Umno’ bergema di sekolah rendah


Ketika ura-ura Tun Dr Mahathir Mohamad akan bertanding di Putrajaya pada pilihan raya ke-14 akan datang, sebuah sekolah sekolah di Presint 14 Putrajaya hari ini bertukar menjadi majlis Umno.
Hasil carian imej untuk Gambar penjawat awam boleh undi pembangkang

Penjawat awam dipecat dapat kerja balik jika Pakatan menang

Penjawat awam dipecat dapat kerja balik jika Pakatan menang
Muhyiddin Yassin pada Konvensyen Pakatan Harapan Sarawak hari ini mengatakan semua penjawat awam yang hilang jawatan kerana menyokong pembangkang akan diterima balik bekerja jika Pakatan Harapan menang pada PRU14. – Gambar fail The Malaysian Insight, 20 Januari, 2018.

TIMBALAN Presiden Pakatan Harapan (PH) Muhyiddin Yassin hari ini memberi jaminan mana-mana penjawat awam yang hilang kerja, diturun pangkat atau dipindahkan hanya kerana mereka menyokong pembangkang akan dikembalikan kepada jawatan asal mereka jika PH menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
“Jika awak hilang kerja hanya kerana sokong kami, kami berikan jaminan. Kami akan beri balik kerja awak,” kata Muhyiddin dalam ucapannya di Konvensyen PH Sarawak di Sibu hari ini.
TMI.

‘Bolehkah guru sertai DAP?’ soal Kit Siang kepada KSN

GELANG PATAH, 5 OKT: Pendirian Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Ali Hamsa terhadap tindakan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang menyeru agar guru menyertai UMNO dalam acara sekolah amat mengejutkan.
Ali Hamsa seperti dilaporkan Free Malaysia Today menjawab ringkas apabila ditanya mengenai perkara berkenaan: “Saya tiada masalah dalam hal itu.”
“Mungkinkah Ali akan berkata bahawa guru-guru boleh menyertai DAP dan parti komponen Pakatan Harapan (HARAPAN) lain?” soal Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dalam kenyataan, hari ini.
“Jika tidak, bolehkah KSN ke-13 itu menunjuk bahagian mana Perintah Am (perkhidmatan awam) yang menyatakan bahawa guru boleh menyertai UMNO tetapi bukan DAP atau parti komponen HARAPAN yang lain?
“Berikan pencerahan, kerana Menteri Pelajaran, Datuk Seri Mahdzir Khalid pada bulan Mac pernah berkata bahawa guru yang menyokong pembangkang dan mengkritik kerajaan harus meninggalkan kerjaya itu?”

Tengku Adnan dalam ucapan majlis penutup Hari Kemerdekaan di Sekolah Rendah Putrajaya Presint 14 (1) pada Selasa menggesa guru untuk menyertai UMNO.
Selain ucapan berbaur politik, majlis berkenaan turut dipenuhi dengan kibaran bendera UMNO, malah murid turut dipaksa supaya menyanyikan lagu parti itu dan melaungkan slogan “hidup UMNO”.
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah mengingatkan penjawat awam agar tidak tunduk terhadap tekanan politik daripada Perdana Menteri dan pemimpin UMNO-Barisan Nasional (BN).
“Penjawat awam harus menunjukkan kesetiaan kepada negara serta rakyat dan bukannya kepada parti politik,” tegasnya. – Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena