Sunday 18 March 2018

[Video Tun M: Najib TERJERAT! Jelajah PH Negeri Sembilan & Diejek tua oleh Najib, Dr M 'sanggah' di atas jalan raya] Jurutera Australia dakwa jumpa MH370.

Isnin, 19 Mac 2018


Jurutera Australia dakwa jumpa MH370


Jurutera Australia dakwa jumpa MH370
Kehilangan MH370 terus menjadi misteri terbesar dalam sejarah penerbangan dunia. – Gambar fail The Malaysian Insight, 18 Mac, 2018.

SEORANG jurutera warga Australia mendakwa telah menjumpai MH370 menggunakan imej dari NASA dan Google Earth yang menunjukkan lokasi MH370 16km selatan Pulau Round, di utara Mauritius, lapor news.com.au.
Peter McMahon, yang dilaporkan bekerja dalam penyiasatan kapal terbang terhempas lebih 25 tahun itu berkata, kawasan yang dijumpainya itu masih belum dijejak oleh pihak berkuasa selain mengatakan yang orang awam tidak diberitahu mengenai perkara itu.
Lelaki berusia 64 tahun itu mengirim bukti bergambar yang menunjukkan bangkai pesawat itu berada di permukaan laut kepada Australian Transport and Safety Bureau yang berkata mungkin itu adalah pesawat yang hilang itu.
McMahon turut mendakwa yang pegawai Amerika Syarikat menolak untuk mencari di kawasan itu selain cuba menutup “kisah itu” kerana pesawat itu “terdapat kesat tembakan peluru.”
Pada 9 Mac, 2014, MH370 terbang dari Kuala Lumpur menuju Beijing namun kapal terbang itu tiba-tiba hilang dari radar sejam kemudian. 
Penerbangan itu dikatakan terbang menuju selatan Lautan Hindi di mana pihak berkuasa telah menjalankan operasi pencarian yang kelihatan seperti tidak berpenghujung.
Kesemua 239 penumpang dan anak kapal Boeing 777 itu diisytiharkan mati. – 18 Mac, 2018.
TMI.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena