Monday 19 March 2018

[Video Mana penting M'sia atau Jho Low, soal Rais] Dr Rozaimi Ramle fail kehadiran, sedia jumpa Dusuki Abd Rani di mahkamah & Beliau tidak akan BERDOA AHZAB atau doa kehancuran kepada sesiapa pun.

Isnin, 19 Mac 2018

Rozaimi fail kehadiran, sedia jumpa Dusuki di mahkamah

Rozaimi fail kehadiran, sedia jumpa Dusuki di mahkamah

Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Al-Qayyim (IQ) Malaysia, Dr Rozaimi Ramle hari ini memfailkan memorandum kehadiran di Mahkamah Tinggi, Ipoh berhubung satu saman yang difailkan oleh pemimpin Pas Selangor yang juga penceramah kisah kubur Radio Ikim, Ahmad Dusuki Abd Rani.
Dusuki pada 2 Mac lalu memfailkan saman ke atas Dr Rozaimi berhubung jemputan dialog berkenaan dengan penjualan makanan oleh peniaga yang tidak solat di bazar Ramadan.
Isu ini hangat diperbahaskan oleh kedua-dua individu tersebut sehingga Dr Rozaimi mencadangkan supaya satu dialog berkenaan dengan isu tersebut dianjurkan.
Peguam Dr Rozaimi, Mohd Fitri Asmuni berkata, dalam saman yang dikemukakan oleh Dusuki, pimpinan Pas itu menafikan mendapat sebarang jemputan daripada pihak Dr Rozaimi berhubung cadangan dialog tersebut.
“Hari ini kami telah memfailkan satu kehadiran yang mana saya telah diarahkan oleh anakguam (Rozaimi) saya untuk memfailkan pembelaan untuk menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang dibuat oleh Ustaz Dusuki Abd Rani yang menyatakan bahawa beliau langsung tidak pernah mendapat sebarang jemputan.
“Dakwaan tersebut adalah tidak benar, setelah saya berbincang dengan anakguam saya, kami mempunyai bukti bahawa jemputan telahpun dibuat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas memfailkan memorandum kehadiran di Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini.
Dalam pada itu, Rozaimi menegaskan bahawa beliau sentiasa bersedia untuk mempertahankan dirinya di mahkamah.
Tegasnya, beliau tidak akan berdoa ahzab atau doa kehancuran kepada sesiapa dalam isu tersebut.
“Saya telah pun mengarahkan peguam saya memfailkan Pembelaan dalam masa terdekat.
“Saya berdoa agar Allah menzahirkan kebenaran. Saya tidak akan berdoa Ahzab atau doa kehancuran kepada sesiapa dalam isu ini, saya juga anda semua juga begitu,” jelasnya.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena