Thursday, 22 March 2018

[Video Maria Chin umum bertanding guna logo PKR & Mukhriz buka cerita mengenai 'kerosakan' pemuda Umno] ‘Saya sedar akan pergi tak lama lagi, tapi saya akan selamatkan negara’

Jumaat, 23 Mac 2018



View image on Twitter

‘Saya sedar akan pergi tak lama lagi, tapi saya akan selamatkan negara’

‘Saya sedar akan pergi tak lama lagi, tapi saya akan selamatkan negara’

Menjawab keraguan sesetengah pihak tentang usia beliau yang telah lanjut, Tun Mahathir Mohamad mengakui beliau akan pergi tidak berapa lama lagi namun akan berusaha menyelamatkan negara daripada ‘pemimpin kleptokrat perosak negara’.
Malah dalam entri terbarunya di laman chedet.cc, beliau mencabar perdana menteri Datuk Seri Najib Razak untuk berbahas.
“Ya, usia saya akan mencecah 93 tahun Julai ini. Ya, 93 tahun adalah tua. Najib tak perlu takut saya. Tetapi Najib takut".
Takut berbahas dengan saya. Dua kali apabila forum Nothing to Hide (Tidak ada apa yang nak disembunyi) diadakan, Najib tidak berani hadir untuk bahas soal sembunyi fakta.
Sebaliknya diarah polis hentikan forum.
“Bahkan pada kali kedua penyokong Najib membaling kerusi dan meletupkan letupan untuk gagalkan forum.,” tulis beliau.
Sambil menyifatkan Najib sebagai ‘masih muda’ beliau hairan mengapa presiden Umno itu takut berhujah dengan orang yang berumur sembilan puluhan tahun.
Menurutnya, jika Najib tidak ada apa yang hendak disembunyi dan dinyatakan secara terbuka, beliau akan cuba membuktikan pelbagai perkara yang disembunyi oleh Najib pada sesi perbahasan itu.
Rakyat katanya, akan mendengar dan membuat keputusan sama ada yang muda (Najib) atau yang tua (Tun Mahathir) menyembunyikan fakta.
“Datanglah dengan pegawai tinggi dan menteri-menteri yang muda-muda belaka.
“Bawak juga pakar-pakar dari luar negeri, termasuk Cambridge Analytica untuk bisik jawapan-jawapan apabila tidak dapat menjawab,” tulisnya sinis.
Menurut Tun Mahathir, dalam sesi perbahasan itu, Najib boleh bertanya rekod beliau sepanjang tempoh 22 tahun menjawat perdana menteri termasuk isu kehilangan berbilion ringgit oleh Bank Negara, kerugian Perwaja dan lain-lain.
“Saya tak akan bawa pakar. Hanya saya sahaja,” katanya.
Tun Mahathir mengakui beliau ‘akan pergi’ tidak lama lagi namun selagi nyawa dikandung badan, beliau akan memperjuangkan bangsa, agama dan negara.
“Bersama dengan patriot negara, saya akan usaha untuk selamatkan negara ini dari seorang kleptokrat perosak negara. Kepada Allah SWT saya serahkan diri saya,” tegas beliau.
MD.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena