Wednesday 21 March 2018

[Video Mat Hasan N9 jangan bongkak dan berlagak samseng] ‘Organisasi berpotensi mencetuskan kekecohan’ ni sebenarnya samseng UMNO kan?

Khamis, 22 Mac 2018

Imej yang berkaitan

Malaysia Sejahtera - Blogspot

‘Organisasi berpotensi mencetuskan kekecohan’ ni sebenarnya samseng UMNO kan?



Pemuda Harapan Malaysia hari ini menolak sekeras-kerasnya budaya samseng seperti yang ditonjolkan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan dalam satu rakaman video yang tular di media sosial baru-baru ini.
Kesal dengan ucapan itu, Ketua Setiausaha Pemuda Harapan Malaysia Howard Lee berkata kenyataan yang dikeluarkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu merupakan hasutan yang mengundang perlakuan ganas.
“Kami juga membidas sekeras-kerasnya sebarang hasutan yang mengundang tindakan keganasan, apatah lagi sebagai kaedah melawan musuh politik,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohamad didakwa telah menggunakan nada dan perkataan yang menghasut peserta program untuk berkempen secara samseng dan tidak bertamadun dengan menyeru pemuda partinya menimbulkan kekecohan.
Kenyataan berbaur hasutan itu jelas dirakam apabila pemimpin tertinggi UMNO itu menyebut: “Jika ada kedai kopi yang menjadi sarang memfitnah kerajaan, gempur kedai kopi tersebut, ganyang dia, terbalikkan meja dia, kena tangkap dengan Polis saya jamin, jangan bagi muka dengan pembangkang, hentam pembangkang”
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Pinji itu turut membangkitkan persoalan berhubung amaran yang dikeluarkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini kepada kumpulan yang berpotensi melakukan ‘serangan mengejut di saat akhir’.
Menurut Zahid, individu dan organisasi yang berpotensi mencetuskan kekecohan pada PRU14 tersebut telah pun dikenalpasti oleh pihak polis.
Pendedahan Zahid tersebut kata Howard turut menimbulkan beberapa kemusykilan.
“Adakah ajakan Mohamad Hasan inilah yang disebutkan oleh TPM sebagai ‘serangan mengejut di saat terakhir’?
“Apakah tindakan yang akan diambil oleh pihak polis keatas kata-kata hasutan menteri besar samseng tersebut?
“ Apakah pendirian rasmi Khairy jamaluddin terhadap hujah hasutan Mohamad Hasan ini, dan adakah beliau sanggup mendapat kemenangan di Rembau melalui kaedah berkempen sebegitu samseng?
“Benarkah samseng yang mengganyang penyokong parti bukan BN, serta menterbalikkan meja orang lain di kedai kopi boleh dilepaskan begitu sahaja, sekiranya MB (dari) UMNO akan memberi jaminan?” soalnya. – Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena