Tuesday 20 March 2018

[Video Ust Ridzwan Abu Bakar 4 + 1 Berapa? Pas Hadi Awang Tanya Lain Jawab Lain Seperti Najib Cuba Tutup Jenayahnya] Rakyat Malaysia ‘bersubahat’ kalau undi pemimpin rasuah, kata Rafidah.

Rabu, 21 Mac 2018

Image may contain: 1 person, text

Image may contain: 10 people, people smiling, people standing
Tumpang sekole.

Rakyat Malaysia ‘bersubahat’ kalau undi pemimpin rasuah, kata Rafidah

Rakyat Malaysia ‘bersubahat’ kalau undi pemimpin rasuah, kata Rafidah
Bekas menteri kabinet Rafidah Aziz lantang mengkritik kerajaan dalam beberapa isu termasuk isu skandal 1Malaysia Development Berhad.– Gambar fail The Malaysian Insight, 19 Mac, 2018. 

BEKAS menteri kabinet Rafidah Aziz hari ini mengingatkan rakyat Malaysia agar tidak mengundi pemimpin politik yang korup.
Beliau berkata, tindakan memilih pemimpin yang rasuah itu samalah seperti membenarkan salah laku yang dilakukan ahli politik berkenaan. 
Dalam satu tulisannya di Facebook, bekas menteri perdagangan itu turut memberi amaran bahawa rakyat Malaysia akan "bersubahat" dengan perbuatan rasuah dan pengkhianatan sekiranya mereka secara sukarela mengundi ahli politik yang korup. 
"Wahai rakyat Malaysia, sila ingat kata-kata peringatan ini. Rakyat yang terus memilih ahli politik yang korup atau rasuah, yang menyamar (sebagai terbaik), pencuri dan pengkhianat, tidak menjadi mangsa. Sebaliknya mereka dianggap sebagai bersubahat."
"Ini kerana secara langsung, rakyat itu membenarkan (ahli politik terbabit) terus melakukan perkara yang tidak betul," kata Rafidah. 
Rafidah dilihat semakin lantang mengkritik kerajaan, dengan kritikan terbaharu disasarkan terhadap blogger pro-BN, Raja Petra Kamaruddin, yang menuduh Rafidah menyalahgunakan permit yang diluluskan (AP) ketika ia menjadi menteri perdagangan antarabangsa.
Rafidah menganggap pembohongan terhadapnya itu merupakan cubaan untuk mengalihkan isu sebenar yang dihadapi negara, dan menuduh blogger itu dibayar untuk mengkritik dirinya. 
TMI.


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena