Wednesday 28 March 2018

[Video Usul laporan SPR lulus, pembangkang tayang plakad] Ubah sempadan pilihan raya satu bentuk kezaliman, kata Dr Mahathir.

Rabu, 28 Mac 2018

Ubah sempadan pilihan raya satu bentuk kezaliman, kata Dr Mahathir

Ubah sempadan pilihan raya satu bentuk kezaliman, kata Dr Mahathir
Pengerusi Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad berkata persempadanan semula bertujuan untuk menambah lebih banyak kerusi dan bukan untuk memindahkan satu orang dari satu kawasan ke kawasan lain bagi mendapatkan sokongan.– Gambar fail The Malaysian Insight, 28 Mac, 2018.

LANGKAH untuk menerima usul persempadanan semula kawasan pilihan raya merupakan petanda jelas Putrajaya tidak memahami apa itu keadilan, kata pemimpin pembangkang Dr Mahathir Mohamad hari ini.
Usul itu diluluskan hari ini selepas undi belah bahagi yang memihak kepada Barisan Nasional.
BN menggunakan majoritinya dan memastikan usul itu diluluskan apabila majoriti 129 ahli Parlimen menyokong berbanding 80 ahli Parlimen menolak.
134 kerusi Barisan Nasional, 87 orang pembangkang, dan seorang Ahli Parlimen bebas membentuk 222 Dewan Rakyat.
Beliau juga berkata bahawa langkah BN membuat rang undang-undang itu juga merupakan satu bentuk kezaliman.
"Undang-undang (persempadanan kawasan pilihan raya) memerlukan lebih banyak masa untuk dibahaskan. Undang-undang ini hanya untuk pilihan raya umum. Ini bukan satu langkah memberi hak rakyat untuk mengundi tetapi untuk mengambil hak itu daripada mereka. Kita sedar kerajaan sebenarnya tidak tahu apa maksud adil, mereka menipu," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan sekumpulan ahli perniagaan, pegawai kerajaan dan aktivis di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya hari ini.
Beliau turut menyelar Speaker Pandikar Amin Mulia kerana hanya memberi masa 10 minit kepada pembangkang untuk membahaskan usul itu. 
Beliau berkata ia hanya membuang masa jika hanya 10 minit dibenarkan.
"Tak perlu, buatlah apa sahaja. Di negara lain pandangan pembangkang diambil kira tapi tidak di sini. Di sini kerajaan hanya buat apa yang mereka mahu.
Tiada pindaan, tiada apa pun," katanya.
Dr Mahathir berkata persempadanan semula pilihan raya turut berlaku ketika beliau menjadi perdana menteri tetapi ia dibuat sekali dalam lapan tahun dan dibuat berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.
"Itu sebabnya pada masa itu kita hanya mempunyai 90 orang ahli Parlimen tetapi sekarang kita mempunyai 222 kerana bilangan rakyat Malaysia telah meningkat dan kita memerlukan lebih banyak kerusi untuk mereka.
"Tetapi ini (persempadanan) bukan untuk menambah lebih banyak kerusi tetapi hanya untuk memindahkan satu orang dari satu kawasan ke kawasan lain bagi mendapatkan sokongan dan untuk memenangi pilihan raya umum. Ia adalah satu langkah yang terburu-buru. Tiada perbahasan, tidak ada penilaian dan digunakan oleh majoriti untuk melakukan banyak perkara yang memalukan," kata Dr Mahathir.
Usul persempadanan semula diluluskan menjelang pilihan raya. Pilihan Raya Umum ke 14 perlu diadakan sebelum Ogos. Ramai yang meramalkan Parlimen dibubarkan pada awal April.
Dr Mahathir juga berkata bahawa persempadanan semula adalah satu-satunya peluang Barisan Nasional untuk mendapatkan semula Selangor daripada pembangkang.
"BN mahukan Selangor semula jadi ia gunakan pelbagai cara untuk dapatkan balik negeri itu. Ini menunjukkan kezaliman sedang berlaku," katanya.
Beliau berkata kerajaan tidak menghormati undang-undang dengan menerima laporan itu kerana masih ada kes tertunggak di mahkamah yang berkaitan dengannya.
"Kita sepatutnya menunggu keputusan mahkamah untuk mengelakkan subjudis tetapi kerajaan ini tidak memandang undang-undang," katanya.– 28 Mac, 2018
TMI.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena