Monday 26 March 2018

[Video PARLIMEN 2018: JOHARI ABDUL Sg Petani-GST MEMALUKAN! MP BN bangga dapat hasil dari poket rakyat] Suhaizan Kaiat: Hospital baharu Pontial gagal dibangunkan.

Isnin, 26 Mac 2018

Imej yang berkaitan
Imej yang berkaitan

Hospital baharu Pontial gagal dibangunkan

Suhaizan Kaiat menunjukkan tapak yang dijangka untuk didirikan hospital Pontian yang baharu.

Tanah yang telah dijanjikan untuk pembinaan hospital baharu Pontian menjadi isu apabila tanah seluas 22.75 ekar itu hari ini dilihat terbiar tanpa apa-apa pembangunan.
Selama ini, penduduk di kawasan Pontian ini hanya mendapatkan rawatan di hospital Pontian yang berusia lebih seratus tahun (dibina 1917) di bandar Pontian.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP Pekan Nenas, YB Yeo Tung Siong, pembinaan hospital baharu tersebut hanyalah janji kosong pihak Kerajaan Negeri Johor sahaja.
“Dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10), telah dimasukkan berkenaan pembinaan hospital yang banyak dan ia membabitkan hospital Pontian.
“Pihak Kerajaan Negeri Johor dalam sidang Dun menyatakan, pembinaan hospital berkenaan telah dimasukkan dalam RMK11 yang mana ia akan berlangsung bukan dalam masa terdekat seperti yang dijanjikan dalam RMK10,” ujar beliau.
Setiausaha Organisasi Parti Amanah Negara (AMANAH), Suhaizan Kaiat menyelar tindakan kerajaan yang dilihat lemah dalam menguruskan keperluan orang ramai di kawasan Pontian.
Pimpinan PH Johor di hadapan hospital Pontian yang berusia lebih 100 tahun.
Suhaizan berkata, jarak di antara hospital Pontian dengan hospital lain yang berdekatan (Batu Pahat, Kulai dan Sultanah Aminah) memakan jarak 50 hingga 70 kilometer.
Selain jarak yang jauh dengan hospital besar, beliau menyatakan fasiliti di hospital Pontian dilihat tidak dibangunkan.
“Jelaslah rakyat di Pontian ini sudah tertipu dengan janji yang telah ditaburkan oleh kerajaan Umno-BN selama ini,” katanya.
Naib Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Tanjung Piai, Dr. Md Farid Md Rafiq menjelaskan Pakatan Harapan (PH) dalam manifestonya sebelum ini telah memberi fokus kepada soal perkhidmatan kesihatan kepada rakyat dan dari situlah segala fasiliti kesihatan seperti hospital akan dibangunkan.
MD.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena