Friday 15 March 2013

UMNO Bertambah Kalut di Kuala Krau...Bas Merdeka Diserang!!!

Sabtu, 16 Mac, 2013
PANAS - Bas Merdeka Rakyat Diserang Setelah Ditipu Arah Perjalanan
serang
PAHANG : Genap seminggu selepas diserang sekumpulan samseng Umno BN di Bukit Katil, Melaka; bas Jelajah Merdeka Rakyat dibaling batu dan kayu pula dalam program sama ke negeri kelahiran Perdana Menteri, malam tadi.

Ketua Cabang KEADILAN Kuala Krau, Suhaimi Said, berkata bas itu ‘dilencong’ dari laluan asal selepas dihampiri sebuah lori dengan bendera PAS yang seolah-olah penunjuk arah untuk ke tapak ceramah di Kuala Mai, Kuala Krau, kira-kira jam 11 malam.

“Bagaimanapun, lori berkenaan berhenti mengejut di tapak ceramah Umno sebelum pemandu melarikan diri. Ketika itu bertalu-talu batu dibaling dan kayu ditusuk ke bas.

“Apabila berita tersebar, penyokong Pakatan di tapak ceramah berhampiran datang untuk menghalang. Berlaku sedikit pergaduhan tetapi tiada yang cedera.

“Bas kemudian meneruskan perjalanan ke tapak ceramah Pakatan,” katanya dan menambah lapan trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) membantu menyurai kumpulan samseng Umno yang lari lintang pukang.

Sementara itu, seorang remaja yang terlibat dalam perbuatan itu mengaku dibayar RM20 untuk membaling batu dan kayu, selain RM15 sebagi kos motosikal.

“Remaja itu mengaku Umno yang upah mereka tapi takut untuk dedahkan individu terlibat,” katanya seorang penyokong Pakatan yang mengenali remaja berkenaan dan bertanya insiden itu.

Sumber:Dicatat oleh ELBI RISALAH di 3/15/2013 08:29:00 PTG  

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena