Tuesday, 9 July 2013

Sakit Hatinya Dema!...‘Kali Inilah’ Selangor Kembali Juarai Sukma XVI

Selasa, 9 Julai 2013
Slogan "Kali Inilah" Pasukan Selangor Dalam SUKMA 2013

Tahniah Kontijen Selangor kerana telah berjaya menjadi juara dalam Sukan Malaysia (SUKMA) 2013. Dalam semua pihak berpuas hati dengan perjalanan acara sukan pelajar-pelajar yang terbesar di Malaysia ini, kita dihidangkan dengan insiden-insiden negatif seperti  kes seorang atlet bola baling yang mendakwa dirogol sekumpulan atlet lelaki yang kini menjadi kes polis.
Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/
KEPUTUSAN PINGAT 2013
Juara Sukma: Selangor sedia tambah peruntukan
KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor sedia mempertimbangkan untuk menambah peruntukan bagi pembangunan sukan di negeri itu selepas muncul juara Sukan Malaysia XVI (Sukma XVI).
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, peruntukan tambahan tersebut akan disalurkan kepada mana-mana persatuan yang memerlukan peruntukan bagi membiayai sokongan latihan.

“Saya telah minta Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor memberikan saya mana sukan-sukan yang perlukan peruntukan tambahan supaya dapat dipertingkatkan lagi.
SUKMA XVI 01
“Ia juga mana-mana sukan yang perlu mendapat sokongan daripada segi latihan.

“Sebab kita rasa kita ingin memastikan bahawa Sukma yang akan berlangsung tahun depan, Selangor akan dapat bersaing dengan lebih hebat lagi,” katanya dipetik Selangorku.

Sebelum ini, Ketua Kontinjen Sukma XVI Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi berharap kerajaan negeri sedia mempertimbangkan peruntukan bagi membangunkan sukan di negeri itu.
SUKMA XVI 02
Menurutnya, peruntukan tambahan tersebut diperlukan bagi memastikan Selangor dapat mempertahankan kejuaraan dalam Sukma akan datang dan untuk pembangunan sukan Selangor secara menyeluruh.
Harakahdaily.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena