Friday 2 August 2013

Hina Islam bulan Ramadhan: Apa kurangnya dengan pemimpin Umno - "56 tahun Umno-BN terus hina Islam"

Sabtu 3 Ogos 2013
Hudud Tiada Dalam Al-Quran Tidak Adil Tun Mahathir.mp4


E-Buku IH-60: Hina Nabi & Islam

Lagi Karikatur Hina Nabi, Malaysia Membisu?

Hina Islam: Apa kurangnya dengan pemimpin Umno
Sekali lagi rakyat boleh melihat bahawa pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli Umno semakin yakin bahawa mereka kebal undang-undang...
NONE

KUALA LUMPUR: Tindakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilihat menuduh orang bukan Islam terlibat dalam video jurulatih anjing boleh mencetuskan kekecohan, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Ia ternyata boleh mencetuskan emosi kebencian dan sakit hati di kalangan orang-orang Islam terhadap orang-orang bukan Islam dan akhirnya akan tercetus kekecohan.

"Adakah Timbalan Perdana Menteri mahu bertanggungjawab jika kenyataannya yang ternyata bersifat hasutan itu mencetuskan tindakan bersifat fizikal orang-orang Islam ke atas orang-orang bukan Islam?" beliau mempersoalkan.

Bagaimanapun, kata Mahfuz, beliau yakin Muhyiddin tidak akan diambil tindakan atas kenyataannya yang bersifat hasutan itu.

"Sekali lagi rakyat boleh melihat bahawa pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli Umno semakin yakin bahawa mereka kebal undang-undang.

"Sebab itulah kita mendengar ada pemimpin Umno yang tumbuk, tampar dan sepak orang sesuka hati, para penyokong Umno menyerang ceramah-ceramah, baling selipar dalam masjid malah berapa banyak kita lihat kenyataan pemimpin Umno yang menghina Islam," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Beliau juga kesal dengan sikap Muhyiddin yang secara borong dan gelojoh menuduh orang lain menghina Islam sedangkan para pemimpin Umno sendiri ramai yang menghina Islam.

"Sehingga sekarang pun, tetap tersebar di kalangan rakyat kenyataan-kenyataan para pemimpin Umno yang menghina Allah dan Islam melalui penghinaan mereka terhadap undang-undang Islam.

"Para pemimpin Umno patut bertanya diri sendiri, sebelum pihak mereka membuat pelbagai kenyataan yang menghina Islam, adakah orang-orang seperti Presiden MCA atau blogger lucah yang baru-baru ini ditangkap berani memperlekeh dan mempersendakan agama Islam?" Mahfuz mempersoalkan lagi.

"56 tahun Umno-BN terus hina Islam" Satu siaran semula untuk Muhyiddin Yasin.
Berikut pandangan Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato’ Dr Haron Din mengenai penghinaan Umno-BN terhadap Islam. Ikuti butiran lanjut bersama wartawan kanan AZIZ MUDA. 
WARTAWAN: Sudah 56 tahun Umno-BN memerintah, banyak tindakan dilihat menghina, mengecam dan mempersendakan Islam. Macam mana Dato’ lihat perkara ini?
DATO’ DR HARON DIN: Umno yang dipunyai oleh orang Melayu-Islam, apabila diberi kuasa oleh Allah, mereka wajib terajui negara dengan ajaran Islam. Tetapi ini tidak berlaku dan tak nampak akan berlaku. Setelah lebih 50 tahun memerintah, Umno nampaknya tak mahu dan tak berhasrat untuk daulatkan Islam. Ini berbeza dengan PAS yang mahu memimpin ummah kepada Islam dan ingin mendaulatkan Islam di negara ini.

PAS yang perintah Kelantan, Terengganu dah buat undang-undang untuk laksanakan syariah Islam, tetapi ditentang oleh Umno. Surat rasmi pemimpin Umno kepada PAS di Kelantan dan Terengganu cukup keras, cukup jelas menunjukkan Umno menentang Islam. Selama ini, siapa yang menjuarai gerakan menentang perjuangan Islam yang dipimpin PAS? Jawapannya ialah Umno. Yang merumitkan perlaksanaan undang-undang Islam itu adalah Umno.

Hasrat PAS untuk laksanakan undang-undang Islam (hukum hudud) di Kelantan ditentang keras MCA, tetapi Umno tidak pula menegur sebaliknya menyokong... MCA itu hanya macam burung kakak tua. Dia tahu sebut tentang hukum hudud tetapi MCA itu sendiri tak tahu apa pun tentang perkara itu. MCA sebenarnya hanya ulangi apa yang disebut oleh tuannya (Umno).

Sebelum (Presiden MCA, Dato’ Seri Dr) Chua Soi Lek sebut perkara itu, rakyat Malaysia sudah hafal apa yang disebut oleh Dr Mahathir (Mohamad). Soi Lek pula sebut, yang ditentang MCA adalah hudud PAS, bukan hudud Islam.

Soi Lek tak faham pun tentang hudud PAS. Umno tak ajar kepada mereka tentang hukum hudud. Apabila Umno kata hudud PAS, Soi Lek pun kata hudud PAS.

Sebenarnya, bukan hudud PAS, tetapi memang itulah hudud Islam. Kalau itu bukan hudud Islam, tolonglah tunjuk mana satu hudud Islam sebenar?

Alasan yang diberikan Mahathir kononnya hudud itu hudud PAS semata-mata kerana Kelantan sebut enam kesalahan hudud, Terengganu pula sebut tujuh kesalahan hudud. Kerana perbezaan itu Mahathir kata itu ‘hudud PAS’. Disebabkan bilangan itu berlainan, terus saja ditolak semuanya.

Logiknya, kalau Kelantan tak betul kerana hanya sebut enam, kenapa tak sokong yang tujuh yang disebut oleh Terengganu. Sebenarnya, itu hanyalah helah Umno untuk tolak hukum Allah.

Bukti Umno-BN hina Islam termasuklah berhubung dengan dasar-dasarnya mengenai judi...

Selain tolak hudud, Umno-BN juga agen dalam menyuburkan maksiat besar di negara ini. Semasa hari merdeka dulu, hanya ada satu sahaja judi iaitu Loteri Kebajikan Masyarakat. Setelah sekian lama Umno-BN memerintah hingga ke hari ini, perjudian semakin banyak.

Sekarang seluruh rakyat boleh bilang berapa banyak judi. Selepas merdeka, berapa banyak kilang arak? Dalam masa sama, pusat-pusat maksiat semakin bercambah. Kemaksiatan berlaku tanpa dapat dikawal. Segala maksiat, jenayah yang dilakukan itu, Umnolah yang menjadi agennya.

Walaupun tidak melaksanakan Islam, Umno-BN cuba pengaruhi rakyat dengan pelaksanaan ‘maqasid syariah’?

Umno-BN sering mendakwa mereka telah laksanakan hukum syariat, laksanakan tuntutan syarak, tetapi secara jujur kita boleh lihat satu demi satu tindakan tidak betul yang dilakukan. Jelas menunjukkan mereka tidak mengikuti hukum syarak, malah mensyirikkan Allah. Mereka menghina Islam kerana tidak melaksanakan hukum Allah.

Walaupun mereka dakwa cukup menitikberatkan ‘maqasid syariah’, tetapi cuba balik kepada semua apa yang Nabi tunjukkan, apakah mereka lakukan? Nabi mengajar kita, apabila menjadi pemerintah, mestilah bertakwa dan mengajak serta membimbing rakyat kepada ketakwaan dengan sungguh-sungguh.

Tetapi apakah di bawah Umno-BN, itu semua berlaku? Sedangkan Islam yang dikehendaki adalah Islam yang syumul, menyeluruh, bukan memilih hukum tertentu sahaja. http://www.wartautara.com

Apa pendapat sdr Muhyiddin Yasin. Adakah anda akan 'sesat'kan Harun Din seperti anda sesatkan Tuan Guru Nik Aziz.

Gambar Ini Hina Agama, Bukti UMNO Pekak?
  Diangkat dari http://wargamarhaen.blogspot.com,
Oiii UMNO Hang pa Buta ke?? Kaabah di HINA di Mega Mall Kuantan!!!! Mana Hassan Aqidah!! Mana PERAKASA!!!!
BIADAB! Kaabah dihina di Megamall Kuantan.

Mohon pihak bertanggungjawab batalkan event kurang ajar dan menghina agama Islam serta merta!
Kenapa permit untuk event ini diluluskan kerajaan Pahang?
*Pihak Jabatan Perdana Menteri tak nak cancelkan ke event ni? seperti mana mu arahkan kuliah Ustaz Azhar dibatalkan serta merta di UMP??? ABU!!
SEBARKAN DAN PROTEST SEHINGGA EVENT KURANG AJAR INI DIBATALKAN SERTA MERTA!
Posted by Ibnu Hasyim Sunday, October 14, 2012

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena