Friday 2 August 2013

Petisyen ditolak, BN kekal di Manjoi dan Pasir Panjang - Ahmad Mansor diarah membayar kos RM105,000

Jumaat, 2 Ogos 2013
 Mahkamah mengarahkan pempetisyen, Ahmad Mansor membayar kos RM40,000 kepada Adun Manjoi,  RM35,000 kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya, dan RM30,000 kepada SPR 

Mahkamah Pilihan Raya di Batu Gajah hari ini mengekalkan kemenangan BN bagi kerusi DUN Manjoi dan DUN Pasir Panjang dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) selepas menolak petisyen difailkan oleh dua pengundi.
    
Hakim Pilihan Raya Abang Iskandar Abang Hashim yang membuat keputusan itu berkata pempetisyen gagal mematuhi Peraturan 9 dan Peraturan 34 Kaedah-Kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954.
  
Beliau menolak kedua-dua petisyen dengan kos.
  
Bagi DUN Manjoi, mahkamah mengarahkan pempetisyen, Ahmad Mansor membayar kos RM40,000 kepada Adun Manjoi Mohamad Ziad Mohamed Zainal Abidin yang dinamakan sebagai responden pertama, RM35,000 kepada responden kedua iaitu Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan RM30,000 kepada responden ketiga Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
  
Bagi DUN Pasir Panjang, mahkamah mengarahkan pempetisyen, Hamidun Ahmad membayar kos RM40,000 masing-masing kepada kepada responden pertama iaitu ADUN Pasir Panjang Rashidi Ibrahim, responden kedua Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan responden ketiga SPR.
  
Responden pertama bagi DUN Manjoi dan DUN Pasir Panjang diwakili barisan peguam diketuai Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin.
  
Peguam Kanan Persekutuan Norinna Bahadun mewakili responden kedua dan ketiga bagi DUN Manjoi manakala Peguam Kanan Persekutuan Nadia Hanim Mohd Tajuddin mewakili responden kedua dan ketiga bagi DUN Pasir Panjang.
  
Kedua-dua pempetisen diwakili barisan peguam yang diketuai Aminuddin Zulkifli.
  
Dalam PRU13, calon PAS Asmuni Awi kalah kepada calon BN Mohamad Ziad dengan majoriti 132 undi bagi DUN Manjoi manakala Rashidi menewaskan calon PAS Rohawati Abidin dan calon Bebas S.Vijayan bagi kerusi DUN Pasir Panjang dengan majoriti 304 undi.
- Bernama

PETISYEN PRU 13 DUN MANJOI - dilempar ke kereta kami.
>> MONDAY, JUNE 24, 2013

Pada 22 Jun 2013 jam 11.05am , KP Tambun telah selamat menghantar petisyen PRU 13 kepada Mohd Ziad calon DUN Manjoi yang memenangi dengan majoriti tipis 132 undi.

Penyerahan petisyen itu telah dilakukan di Majlis Kesyukuran dan Ucapan Terima Kasih BN Tambun di Dataran Sunway (Uptown) Tambun. Alhamdulillah walaupun berhadapan dengan tidak profesionalnya UMNO Tambun, petisyen itu telah dilempar ke kereta kami.

Walaubagaimanapun tugas untuk menyampaikan petisyen itu telah selesai.. Jumpa di mahkamah..
Posted by Greenboy
Hj Mat Lazim turut sama memberi sokongan moral kepada para pemetisyen dan peguam

Muslimat Tambun yang hadir

Tn Hj Ahmad Bin Mansor mewakili Dun Manjoi memfailkan petisyen di Mahkamah Tinggi pagi tadi, bersama 2 lagi wakil DUN Lubuk Merbau dan Pasir Panjang

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena