Friday 2 August 2013

Pengetua SMK Alam Megah mohon maaf pada pelajar - Timbalan Pengerusi MIC Shah Alam

Jumaat, 2 Ogos 2013
Saya dimaklumkan beliau memohon maaf semasa perhimpunan - A Prakash Rao


Pengetua SK Alam Megah yang sebelum ini memberitahu pelajar supaya "balik India dan China", memohon maaf kepada pelajar semasa perhimpunan sekolah itu hari ini.
Mengesahkan perkara itu, timbalan pengerusi MIC bahagian 
Shah Alam, A Prakash Rao (bawah) berkata beliau telah dimaklumkan mengenai permohonan maaf itu oleh mereka yang hadir di sekolah itu pada masa tersebut.
NONE
"Saya dimaklumkan beliau memohon maaf semasa perhimpunan, seperti janjinya kepada saya apabila kami bertemu beliau, di hadapan seorang pegawai jabatan pendidikan negeri (PPD).

"Sesetengah ibu bapa juga berada di kawasan sekolah ketika itu," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, kini terpulang kepada Kementerian Pelajaran untuk membuat keputusan sama ada untuk mengambil tindakan terhadap pengetua tersebut.
headmistress sm alam megah apologies to student 020813 04
MIC bertemu pengetua tersebut pada 31 Julai lalu, dan mendakwa beliau meminta maaf kerana berkata demikian sewaktu perhimpunan pada 22 Julai, kerana marah dengan bunyi bising oleh pelajar semasa lagu Negaraku dimainkan.

MIC berkata, pengetua itu mendakwa beliau juga pada masa yang sama, telah memberitahu pelajar Melayu supaya "kembali ke Indonesia".

Pihak sekolah enggan membuat sebarang kenyataan kepada media.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena