Saturday 9 November 2013

Gaji Kakitangan Awam 2014: Tiada durian runtuh? (Hanya naik taraf perkhidmatan awam aje...)

Ahad, 10 November 2013
blog.exabytes.com /kemalangandijalanraya.blogspot.com
Naik taraf perkhidmatan awam, tiada durian runtuh?

Melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. 36/2013 yang dikeluarkan 6 November lalu tiada “durian runtuh” untuk penjawat awam kecuali jangka masa panjang,[?] dengan gaji maksimun yang dinyatakan.

Ini kerana ada beberapa blog sebelum ini melaporkan penjawat awam bakal menikmati dua tangga gaji. Ini berdasarkan kenyataan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal tentang “pemberian dua tambahan kenaikan mata gaji”.

Pekeliling tersebut menyatakan apa yang dimaksudkan Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal,
“gaji maksimum ditambah sebanyak dua (2) Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) bagi membolehkan pegawai menikmati Pergerakan Gaji Tahunan (PGT).  Ia memberi kelebihan kepada penjawat awam yang kehabisan tangga gaji, yang dah “langgar dinding” kata veteran penjawat awam.

Melalui pekeling tersebut juga, kakitangan awam tidak menerima apa-apa peningkatan gaji [?] Ia disebut,
“Bagi maksud pemindahan gaji, amaun gaji pegawai pada 31 Oktober 2013 hendaklah dipindahkan kepada amaun gaji yang sama dalam JGMM baru pada 1 November 2013.” 

Contoh pekeliling tersebut,

Jadual gaji terkini minimum-maksimum Gred 1-54 penjawat awam
Jadual gaji minimum-maksimum Gred 1 hingga gred 54 di bawah Sistem Saraan Malaysia yang telah ditambahbaik seperti yang diwar-warkan sebelum ini.



Pekeliling tersebut adalah penambahbaikan struktur gaji mengikut prinsip kadar upah mengikut kerja dan kelayakan masuk yang diperlukan.

Pekeliling tersebut boleh dimuat turun di Pekeliling Perkhidmatan Bil. 36/2013

Bagi yang tak sabar-sabar ingin mengetahui tangga gaji secara terperinci bolehlah membuat kiraan sendiri. Ambil gaji minimum gred anda ditambah kenaikan tahunan. Contoh Guru DG41 - RM1917 (Minimum) ditambah kenaikan tahunan RM225, dapatlah tangga gaji dari tahun ke tahun. [eh, betul tak?]. By rosiisma on 07 November 2013 | 10:32 PM

Jadual gaji guru mulai 1 November 2013
By rosiisma on 06 November 2013 | 7:45 AM
Jadual gaji guru 2013. Berikut adalah jadual gaji minimum-maksimum bagi perkhidmatan pendidikan kumpulan pelaksana dan kumpulan pengurusan dan profesional mulai 1 November 2013.
Kini guru-guru telah mempunyai jadual gaji mengikut kumpulan masing-masing. Perincian tangga gaji bolehlah kita semak selepas ini.

Seronoklah guru-guru, bertambah tak gajinya!!

Berita gembira untuk guru-guru?
By rosiisma on 09 November 2013 | 9:28 AM

Berita gembira untuk guru-guru kerana Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (KPPK) bersama guru-guru menggesa Kementerian Pendidikan memansuhkan pelaksanaan PBS-Pentaksiran Berasaskan Sekolah kerana amat membebankan 400,000 guru negara ini.

Guru yang sebelum ini dibebani pelbagai tugas terpaksa berdepan pula dengan PBS menjadikan beban guru terus meningkat, kata Presiden KPPK Presidennya, Hashim Adnan.

Prestasi dinilai melalui PBS, akses yang sering terganggu menyebabkan kebanyakan guru tidak cukup tidur kerana ingin memasukkan data bagi memastikan mereka diberi penilaian sempurna, kata beliau lagi.

Mesyuarat Exco KPPK baru-baru ini memutuskan untuk menggesa Kementerian Pendidikan memansuhkan sistem PBS yang diperkenal pada 2011.

PBS sepatutnya dilaksanakan di sekolah perintis untuk menilai keberkesanannya, dan bukan terus dilaksanakan di seluruh negara, tambah beliau lagi seperti dilaporkan Bernama.

Beliau turut menyifatkan PBS sebagai kereta baharu yang kelihatan cantik namun  tidak boleh bergerak kerana ketiadaan tayar.KININEWS

2 comments:

Unknown said...

Katalah: Guru A berada di tangga gaji dibawah RM 1900 dan telah bertugas lebih dari 3 tahun. Mana kala Guru B, lantikan baru dengan gaji permulaan RM1917.00. Dari segi senior Guru A lebih senior 3 tahun sedangkan Guru B baru dilantik. LIHAT MASALAH GAJINYA, gaji siapa yang lebih tinggi?

rizal73 said...

Salam..
I Want To Know Is That Government Servants Get 2 Increment From Basic Pay

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena