Friday, 8 November 2013

Jawatan Timbalan Presiden PAS: Satu lawan satu - Mohammad Sabu Vs Mohammad Amar

Jumaat, 8 November 2013


TMI
Timbalan Presiden PAS Hanya Mohammad Sabu Vs Mohammad Amar
OLEH : ZULKIFLI SULONG, 
Jawatan timbalan presiden PAS bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara penyandangnya Mohamad Sabu dengan timbalan menteri besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Ia berlaku berikutan keputusan Datuk Husam Musa hanya sedia untuk bertanding jawatan naib presiden sahaja dengan alasan "untuk kestabilan parti".
Hazizul Hakim menang cipta logo Muktamar PAS ke-59
Husam menyerahkan borang penerimaan pencalonan untuk naib presiden kepada Setiausaha Eksekutif PAS pada jam 4.40 petang ini. Tarikh tutup adalah jam 5 petang. Husam, dalam kenyataannya, berkata pencalonan terbanyak yang beliau terima adalah untuk jawatan naib presiden.
"Saya anggap ia adalah isi hati, pedoman dan pilihan akar umbi PAS jawatan mana yang mereka inginkan saya tempatkan diri saya," kata Husam dalam kenyataannya.

Husam ketika memaklumkan keputusan ini kepada The Malaysian Insider berkata, memandang suasana parti yang ada sekarang, beliau berpendapat faktor kestabilan menjadi sangat penting.
"Atas dasar itu saya memilih untuk bertanding naib presiden sahaja walau pun mendapat pencalonan yang agak baik untuk timbalan presiden," kata Husam.....

Keputusan Husam ini bermakna, dua tokoh paling popular iaitu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mendapat pencalonan terbanyak dan beliau yang kedua untuk bertanding jawatan timbalan presiden memilih untuk menolak bertanding jawatan itu.
Sebelum ini, Salahudin Ayub telah mengumumkan beliau akan bertanding naib presiden sahaja menjadikan yang tinggal adalah Mohamad Sabu dan Mohd Amar.
File:Mat Sabu.jpg
Untuk kerusi naib presiden, calon-calon kini adalah Salahudin Ayub, Datuk Abu Bakar Chik, Tuan Ibrahim dan Husam manakala Datuk Mahfuz Omar belum membuat sebarang pengumuman.
"Saya telah memberitahu wartawan sebelum ini, saya mahu Pengerusi Jawatankuasa Pemilih yang memaklumkan keputusan saya," kata Mahfuz kepada The Malaysian Insider semalam.
Hari ini, Idris Ahmad dan Datuk Mujahid Yusof mengumumkan akan bertanding jawatan AJK PAS Pusat sahaja.
Ini bermakna, tinggal lima calon akan bertanding untuk tiga kerusi naib presiden ini iaitu Abu Bakar, Husam, Salahudin, Tuan Ibrahim dan kemungkinan Mahfuz. – 8 November, 2013.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena