Thursday, 7 November 2013

Ketua Pemuda PAS Perak bertanding jawatan Tmbalan Ketua Pemuda...Raja duduk dilantai, rakyat duduk di kerusi

Khamis, 7 November 2013

Saya membuat keputusan untuk bertanding Timbalan Ketua. Dengan sedikit serta sekerdil kemampuan yg ada pada diri saya, saya ingin menabur bakti bersama DPPM dalam usaha menarik sokongan anak muda kepada PAS disamping memperkuatkan lagi sayap parti itu. Walaubagaimana pun, saya menyerahkan kepada perwakilan untuk membuat keputusan.

Gambar - Fb Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss

Beliau dijangka bertembung dengan anak Presiden PAS, Khalid Abdul Hadi untuk jawatan timbalan ketua.

Naib Ketua Pemuda PAS, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss mengesahkan beliau akan bertanding jawatan timbalan ketua pemuda dalam pemilihannya 21 November nanti.

Beliau yang menang dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Pemuda PAS Perak baru-baru ini mengesahkan perkara ini dalam satu kenyataan medianya.

"Saya serah jawapan rasmi saya bagi pemilihan pada kali ini dan saya sahkan menolak pencalonan bagi jawatan ketua dan naib ketua bagi memberikan laluan kepada orang lain.
"Saya mengharapkan penerimaan pencalonan untuk jawatan timbalan ketua dan serahkan kepada perwakilan kelak," katanya.

Sebelum ini, ketua Pemuda, Nasrudin Hassan mengesahkan tidak akan mempertahankan jawatannya dan akan bertanding AJK PAS Pusat.

Sehubungan itu, dua nama disebut-sebut bakal merebut jawatan itu iaitu Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat dan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad.

Nama Ketua Penerangan Pemuda, Dr Ridhuan Mohd Nor juga disebut-sebut untuk bertanding jawatan itu.
Dengan pengesahan Raja Iskandar, beliau dijangka bertembung dengan anak Presiden PAS, Khalid Abdul Hadi untuk jawatan timbalan ketua.

Untuk jawatan naib ketua pula, pertembungan dijangka berlaku antara Zamri As'ad Khuzaimi menentang Khairil Nizam Khirudin. – 7 November, 2013. (TMI)

Dewan Pemuda Pas Perak bakal menggegarkan persada politik tanahair dan negeri Perak ini khususnya. 
Gandingan mantap terajui kepimpinan Dewan Pemuda Pas Perak sesi 2013-2015

Pemuda Pas Perak telahpun membuat pemilihan mereka bagi memilih pucuk pimpinan yang baru bagi sesi 2013-2015 hari ini di Ipoh Tower Regency, Ipoh.

Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Perak yang telah dirasmikan oleh Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia, YB Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi hari ini menyaksikan keputusan pemilihan yang bercampur-campur.

Sebelum ini, dikatakan terdapat dua kumpulan yang berentap merebut jawatan-jawatan tertinggi dewan. Namun, keputusan yang diumumkan oleh Pengerusi Tetap Muktamar, Dr Nuri Al Amin petang ini menyaksikan gabungan dua kumpulan tersebut bagi meneraju sesi baru dewan tersebut.

Keputusan Kepimpinan Dewan Pemuda Pas Perak bagi sesi 2013-2015 adalah seperti berikut:-

Ketua Pemuda: Dr Raja Iskandar Al-Hiss berjaya mengalahkan penyandang, YB Ustaz Ahmad Zawawi Hassan dengan memperolehi majoriti 7 undi. Dr Raja Iskandar 104 undi manakala Ustaz Zawawi 97 undi.

Timbalan Ketua Pemuda: Juga dengan majoriti 7 undi, Ustaz Akmal Kamaruddin berjaya mengatasi pencabarnya dengan 104 undi, Saudara Salman Saleh mendapat 97 undi.

Naib Ketua Pemuda: Ustaz Khairi Jamaluddin (108 undi) yang merupakan penyandang jawatan ini telah berjaya mengekalkan kedudukan beliau dengan majoriti yang selesa dan besar, 15 undi mengatasi Ustaz Nazri Din (93 undi).

Exco-exco Dewan Pemuda Pas Perak:

Ustaz Hafez Sabri - 186 undi
Mohd Aidil Aziz - 130 undi
Ustaz Azmin Basya - 126 undi
Ustaz Ismi Mat Taib - 125 undi
Mohd Faizal Puait - 123 undi
Ustaz Akmal Sani - 110 undi
Ustaz Fakhrurazi Mokhtar - 110 undi
Ustaz Fairuz Hafiz - 106 undi
Hakim Mohd Nor - 104 undi
Ustaz Anuar Murad - 101 undi

Semoga dengan keputusan pemilihan kali ini, Dewan Pemuda Pas Perak bakal menggegarkan persada politik tanahair dan negeri Perak ini khususnya.

Dan diharapkan agar agenda tarbiyyah diletakkan disenarai teratas agenda dewan bagi mengukuhkan jatidiri ahli-ahli pemuda yang merupakan pelapis bagi kepimpinan parti di masa hadapan.

Ucapan takziah saya ucapkan kepada seluruh exco yang telah terpilih kerana kalian telahpun diamanahkan untuk menggalas satu tugasan yang amat berat, yang akan diperhitungkan dihadapan Allah Taala kelak.
Posted by Ajijoi at 9:55 PM

Foto Menarik, Raja duduk dilantai, rakyat duduk di kerusi
Ku Is menjiwai watak Al-Marhum  Sultan Idris dan nenda beliau...
Ku Is atau YM  Raja Dr Ahmad Iskandar  ,Kerabat Diraja Perak ini , sedang berehat sebentar di rumah ,dekat Bukit Chandan Kuala Kangsar.  Beliau keuzuran dan diberi cuti  oleh doktor. Ku Is tidak "murka" apabila sahabat beliau Safarizal Salleh duduk di atas kerusi,sedangkan YM Ku Is duduk dilantai berlapikkan "toto".Ku Is menjiwai watak alMarhum  Sultan Idris dan nenda beliau. KU IS merupakan aktivis PAS, YDP PAS Kuala Kangsar dan Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia.   Foto Faeez Azahar/Sisi Bukit/14 Feb, 2013

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena