JK Pemilih alu-alukan debat terbuka antara calon
KUALA LUMPUR: Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat, Asmuni Awi mengingatkan semua calon untuk berkempen secara sihat tanpa menyerang mana-mana calon lain.
Tegas beliau, mana-mana calon yang dilihat berkempen dengan menjatuhkan calon lain akan dirujuk ke Lembaga Disiplin parti untuk tindakan susulan.
"Calon, ahli dan penyokong boleh berkempen, tetapi kempen yang sihat, tapi kita tidak akan berkompromi jika terdapat mana-mana majlis yang dianjurkan bertujuan mempromosi diri, dan dalam masa sama menjatuhkan calon lain, termasuk melalui media sosial, tegas beliau pada sidang media di Pusat Media PAS, di Jalan Raja Laut, pagi tadi.
Malah, Asmuni berkata jika calon yang didapati melanggar tatacara pemilihan itu memenangi jawatan yang ditandinginya, kemenangan tersebut boleh digugurkan.
"Ini sudah berlaku, dengan aduan yang diperolehi. Kita sudah mengeluarkan garis panduan, kaedah 6 tatacara pemilihan bagi PAS yang sudah diluluskan baru-baru ini," kata beliau.
Debat terbuka antara calon
Menurutnya, dengan debat bersemuka itu kedua-dua belah pihak dapat menjelaskan pandangan, pendirian serta visi mereka dalam usaha memenangi hati perwakilan.
Ia juga, katanya akan memperlihatkan kematangan dalam memilih pemimpin berbanding Barisan Nasional.
Asmuni turut percaya terdapat calon-calon yang bertanding pada pemilihan kali ini akan menganjurkan debat secara bersemuka.
Calon top 5 boleh lantik wakil calon
Dalam pada itu, Asmuni turut memaklumkan kepada semua calon jawatan tertinggi, bermula dari presiden sehingga naib ketua setiap dewan-dewan untuk memilih wakil mereka ketika proses pengundian dan pengiraan undi.
Tambahnya, calon yang berhasrat untuk berbuat demikian perlu menghantar nama wakil mereka satu hari sebelum hari pengundian, yang akan dijalankan pada 22 Nov, jam 3.30 petang.
HD.
0 comments:
Post a Comment