Friday 1 August 2014

Adakah Anwar tidak berhajat lagi untuk menjadi PM?

Sabtu, 2 Ogos 2014

Boleh Tuan Haji Subky tolong jelaskan?


Sebarang langkah menyingkirkan PAS dari Pakatan Rakyat dan menggesa supaya Hadi diketepikan dari pimpinan PAS, maka itulah yang memecahkan Pakatan.

 Jangan sangka PAS sahaja rugi kalau dikeluarkan dari Pakatan. Ia merugikan semua pihak terutama rakyat yang inginkan perubahan.

 Jika Anwar membiarkan ini berlaku, maka ini bererti Anwar sudah tidak berhajat lagi untuk menjadi perdana menteri.

 Adakah Anwar sudah tidak berhajat lagi untuk meneruskan kerjaya politiknya? Pada saya, Anwar diperlukan lagi oleh Pakatan sebagaimana Selangor masih memerlukan Khalid.

 Semuanya jangan berfikir Anwar boleh terus jadi calon perdana menteri dengan menyingkirkan PAS dari Pakatan.

 Mungkin sikap Hadi itu bukan sikap PAS, maka mempertahankan Khalid itu bukan sikap PAS. 

 Sebagai seorang ulama yang merasakan tidak cukup syarat bagi menyingkirkan Khalid, maka beliau sebagai pemimpin PAS mahupun sebagai peribadi, maka beliau merasa perlu membela Khalid supaya Khalid diberi peluang mendapatkan keadilan.

 Orang yang mengkritik kenyataan Hadi itu sebenarnya mahu mengurangkan peluang Anwar menjadi Perdana Menteri.

 Perdana menteri buat Anwar bukan kerana glory diri tetapi untuk membela rakyat mendapatkan keadilan. – 1 Ogos, 2014. Baca kenyataan penuh  di sini

Demikian pandangan Subky Latif yang masih begitu mengharapkan Anwar akan berpeluang untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang akan datang jika terus berganding bahu dengan Haji Hadi walaupun telah acapkali Haji Hadi dilihat telah menggagalkan perancangan Anwar...

Dalam isu di mana TGHH membuat kenyataan menyokong Khalid, menurut Haji Subky, TGHH merasa perlu membela Khalid supaya Khalid diberi peluang mendapatkan keadilan, saya bersetuju dengan pandangan Haji Subky itu.

Namun persoalan utama disini bukan kerana  membela Khalid.Tetapi adalah kerana TGHH membuat kenyataan sebelum dimesyuaratkan bersama AJK PAS Pusat.

TGHH sepatutnya membela Khalid bila dalam mesyuarat pada 10 Ogos nanti dan cuba mendapatkan persetujuan lain-lain AJK supaya mengekalkan MB Khalid.Itulah yang sepatutnya TGHH lakukan, bukan buat kenyataan yang melulu.

Apabila Mohamad Sabu dan Mahfuz Omar cuba menjelaskan keadaan sebenar bahawa PAS belum bermesyuarat dan belum lagi mengambil apa-apa ketetapan berhubung dengan isu MB Selangor, mereka berdua ni pula diseranga dan menjadi mangsa kutukan mereka yang begitu taksub dengan TGHH.

TGHH telah keluarkan kenyataan sebelum mesyuarat 10 Ogos 2014.TGHH telah mendahului keputusan mesyuarat.Apakah maknanya semua ini? Apakah ini kerja khianat atau setia kawan? Boleh Tuan Haji Subky tolong jelaskan?

Dulu kita diajar oleh presiden supaya bermesyuarat dalam urusan kita. Kemudian kita diajar supaya terima keputusan mesyuarat walau tidak sehaluan dengan kehendak kita. Kini dia sendiri tidak ikut keputusan mesyuarat.Presiden parti sendiri tidak wala' pada keputusan jemaah.Boleh Tuan Haji Subky tolong jelaskan?

Semasa kempen Pilihanraya Umum lepas (PRU 13), Haji Hadi Awang telah berceramah di Marang pada 22 April menyatakan dengan jelas kononya PAS terpaksa menghantar calon berlawan dengan calon PKR (Pakatan Rakyat) kerana 3 alasan :

 1. Calon PR yang lain yang telah dipersetujui awal dilawan kerana lambat menghantar borang pencalonan

 2. Calon PR yang lain yang telah dipersetujui awal dilawan kerana terlibat menjual pil kuda

 3. Calon PR yang lain yang telah dipersetujui awal dilawan kerana berfahaman komunis

 Jelas dimana beberapa calon (Kota Damansara, Bukit Besi, Seberang Takir, Dun Sungai Acheh) yang telah dipersetujui awal bertanding atas mandat Pakatan Rakyat tetapi turut dilawan oleh calon PAS yang diberikan tauliah disaat akhir oleh TGHH sendiri tanpa ketahuan PAS Selangor dan juga Setiausaha PAS Pusat.Boleh Tuan Haji Subky tolong jelaskan?

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena