Friday, 1 August 2014

Pakatan Rakyat: Jangan benarkan Umno BN miliki senyuman terakhir...

Sabtu, 2 Ogos 2014


Jangan benarkan Umno BN miliki senyuman terakhir...

PEMUDA Pakatan Rakyat Negeri Perak menyeru kesemua ahli-ahli Pakatan Rakyat untuk bersatu dan bertegas, supaya jangan kita membenarkan Barisan Nasional dan Umno memiliki senyuman terakhir.

Sudah sampailah masa untuk Pakatan Rakyat membuktikan bahawa kita mampu dan mempunyai hasrat politik untuk menangani krisis dan cabaran di hadapan kita.

Tanggal 8 Mac 2008 merupakan satu hari yang bersejarah untuk negara yang mana Rakyat telah mencatat tsunami politik dalam sejarah Negara kita.

Hari tersebut turut membawa suatu makna yang istimewa bagi Negeri Perak, yang mana pimpinan megeri ketiga-tiga parti PAS, DAP dan PKR telah untuk kali pertamanya duduk bersama-sama dan bersetuju untuk menubuhkan satu kerajaan negeri campuran pada pukul 3 pagi 9hb Mac 2008, dan sejurusnya membuka satu landasan politik yang baru untuk perkembangan politik berdemokrasi dalam 6 tahun selepas itu.

Negeri Perak merupakan negeri di mana lahirnya Pakatan Rakyat. Pada 8hb Mac 2008, PAS dan PKR boleh menubuhkan Kerajaan Negeri di Kelantan dan Kedah tanpa wakil daripada DAP, PKR dan DAP mampu menubuhkan Kerajaan Negeri di Pulau Pinang dan Selangor tanpa kehadiran wakil PAS.

Tanpa situasi di Negeri Perak yang mana DAP memenangi 18 kerusi, PKR memenangi 7 kerusi dan PAS memenangi 6 kerusi, tidak akan lahirnya Pakatan Rakyat selepas penubuhan Kerajaan campuran Negeri Perak.


Dalam masa 6 bulan yang lepas, Pakatan Rakyat secara keseluruhannya telah menghadapi cabaran demi cabaran yang menyinggung keyakinan bukan sahaja di kalangan pengundi-pengundi, malah juga di kalangan ahli-ahli parti-parti masing-masing.

Kita tidak boleh menafikan sememangnya terdapat percanggahan pendapat antara kita dalam sesetengah isu yang terbangkit, yang sejurusnya membawa suatu persoalan sama ada Pakatan Rakyat akan kekal bersama dalam usaha kita menghadapi pada PRU14. Kita tidak dapat nafikan pelbagai unsur bukan sahaja telah menguji solidariti kita, malah telah mengamplifikasikan perbezaan kita.

Krisis perlembagaan negeri Perak pada tahun 2008 sememangnya telah membawa Pakatan Rakyat ke satu tahap kerjasama yang lebih tinggi dan mantap. Pemuda Pakatan Rakyat yang ditubuhkan selepas kemelut krisis tersebut, yang juga merupakan Pemuda Negeri pertama yang ditubuhkan di negara, telah bekerjasama dengan sebegitu erat dalam 6 tahun yang lepas. Kita tidak akan membenarkan semangat silaturahim yang dijalin sepanjang masa ini dihancurkan oleh hasrat assabiyah tajaan lawan politik kita.

Solidariti dan persamaan perjuangan adalah lebih penting daripada mana-mana isu-isu yang terbangkit. Kita percaya bahawa kita mampu untuk mencapai titik persamaan dalam perbezaan yang terbangkit. Perjuangan untuk landasan politik baru demi kepentingan negara dan rakyat, dan keperluan untuk Pakatan Rakyat untuk kekal bersama, adalah jawapan kepada perangkap yang diaturkan oleh lawan politik kita.

Sebagai suatu negeri yang mana lahirnya Pakatan Rakyat, Pemuda Pakatan Rakyat Perak tetap kukuh dan bersatu untuk meneruskan landasan politik hasil daripada amanah yang diberi oleh Rakyat dalam PRU12 dan PRU13. Kita akan terus berpegang kepada prinsip amar makruf dan nahi munkar. Kita akan bersama menjunjung sistem demokrasi berparlimen. Kita tidak akan terhenti dalam usaha kita untuk menegakkan keadilan dan membebaskan negara daripada cengkaman rasuah dan munafik.

Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Perak menyeru kesemua ahli-ahli Pakatan Rakyat untuk bersatu dan bertegas, supaya jangan kita membenarkan Barisan Nasional dan Umno memiliki senyuman terakhir. Sudah sampailah masa untuk Pakatan Rakyat membuktikan bahawa kita mampu dan mempunyai hasrat politik untuk menangani krisis dan cabaran di hadapan kita.

Tulisan di atas atas adalah kenyataan bersama Ketua Pemuda PAS Perak, Dr Raja Iskandar Al-Hiss, Wong Kah Woh (Ketua DAPSY Perak) dan Zafril Mohd Eusoff (Ketua AMK Perak).
Batu vs kayu.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena