Thursday 7 August 2014

Anwar mahu Wan Azizah dan Dr. Idris...Semua ADUN Selangor dipanggil untuk 'report duty' di Pejabat Ketua Umum PKR

Jumaat, 8 Ogos 2014

Isu MB : Anwar mahu Wan Azizah dan Dr. Idris - Sumber

Isu MB : Anwar mahu Wan Azizah dan Dr. Idris - SumberKUALA LUMPUR: Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor akan dipanggil untuk 'report duty' di Pejabat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Tropicana pada pukul 10 pagi Jumaat. ‎

Difahamkan, kesemua ADUN dipanggil untuk menandatangani Borang Akuan Bersumpah dan menyatakan sokongan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.

Menariknya kali ini, dikatakan terdapat satu lagi Borang Akuan Bersumpah untuk menyatakan sokongan kepada ADUN Ijok, Dr. Idris Ahmad sebagai Menteri Besar yang baharu.

Menurut sumber dalaman PKR, perkara ini terbongkar apabila seorang Ahli Parlimen PKR Selangor secara 'tidak sengaja' telah memanjangkan emel seorang kakitangan pejabat Anwar yang menyatakan hal berkenaan.

"Pada masa yang sama, terdapat satu mesej melalui SMS daripada Setiausaha Kerja MPN Selangor yang meminta semua ADUN supaya mengabaikan emel yang tersebar itu dan meminta semua untuk menunggu emel ‎yang 'sebenar dan tulen'.

"Bagaimanapun, pesanan yang ditulis dalam emel pegawai Anwar‎ yang dipanjangkan tersebut menyatakan bahawa ia adalah lampiran yang 'sah dan final' sementara surat bagi Dr. Idris akan menyusul," katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini.

Pada petang Khamis,‎ Ketua Penerangan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Selangor, Shuhaimi Shafiei berkat‎a, sidang media MPN Selangor yang diberi Ketua Cabang Ampang, Zuraida Kamaruddin pada Rabu disifatkan tidak sah sekali gus tidak boleh diterima sebagai keputusan rasmi MPN Selangor sendiri.

Bagaimanapun jelasnya, nama ADUN Bukit Antarabansa, Azmin Ali harus dipertimbangkan sebagai calon Menteri Besar yang baharu selain Wan Azizah.

Tegas Shuhaimi, keputusan meletak dua nama calon itu sudah dipersetujui semua selain menyatakan kenyataan media yang memberi nama Wan Azizah dan Azmin merupakan kenyataan rasmi daripada MPN‎.

Tambah sumber itu, pendedahan itu membuktikan ada calon alternatif bagi jawatan menteri besar selain Wan Azizah.

"Ini sekali gus menafikan kenyataan Anwar sebelum ini bahawa PKR telah memutuskan hanya satu nama iaitu Wan Azizah.

"Kenyataan Anwar sebelum ini juga dipertahankan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution bahawa hanya satu nama dan tidak ada nama lain bagi calon alternatif yang dibincangkan," ujarnya.

Sebelum ini, sebuah portal pernah melaporkan kesediaan Dr Idris untuk menjadi menteri besar jika mendapat persetujuan Anwar.

Dr Idris yang dicadangkan PAS sebagai calon kompromi berkata, selaku ADUN Selangor, segala kemungkinan boleh berlaku dan persediaan untuk menggalas tugas itu perlu sebagai tanda perjuangan untuk rakyat.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena