Thursday 7 August 2014

MB Selangor: PAS tangguh mesyuarat ke 13 Ogos...mengelakkan PR berpecah?

Jumaat, 8 Ogos 2014

PAS tangguh mesyuarat ke 13 Ogos


Dalam satu langkah yang dilihat untuk mengelakkan Pakatan Rakyat (PR) berpecah, PAS menunda tarikh mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) Pusat yang sepatutnya berlangsung pada10 Ogos ini kepada 13 Ogos untuk mempertimbangkan cadangan PKR berhubung kemelut jawatan menteri besar Selangor.

Menurut Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, penangguhan mesyuarat untuk menimbangkan cadangan PKR menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bertujuan untuk disesuaikan dengan beberapa perubahan yang berlaku.

"Kita perlu ubah untuk sesuaikan dengan keperluan semasa," kata Mustafa kepada The Malaysian Insider.

Penangguhan mesyuarat PAS ini dilakukan selepas Majlis Syura Ulama PAS yang bermesyuarat memutuskan Khalid perlu dikekalkan sebagai menteri besar Selangor kerana beranggapan pelantikannya adalah hak bersama parti dalam PR.

Dalam satu kenyataan yang ditandatangani Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalannya Datuk Dr Haron Din, mereka berkata: "Selagi tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah yang mewajarkan menteri besar itu digugurkan, Majlis Syura Ulama PAS memutuskan mengekalkan Khalid sebagai menteri besar Selangor.

“Jika ada pertuduhan yang disabitkan bersalah kemudiannya oleh pihak berautoriti seperti SPRM atau mahkamah maka Majlis Syura Ulama bersedia menilai kembali kedudukan beliau,” kata kenyataan itu.

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang hari ini menyifatkan 10 Ogos bukan hari penentuan untuk Khalid sebagai menteri besar Selangor tetapi hari penentuan masa depan PR.

Lim yang juga ketua Parlimen DAP itu berkata dua minggu selepas mesyuarat Majlis Presiden PR 23 Julai lalu, gabungan pembangkang itu menghadapi krisis yang paling teruk sejak ia ditubuhkan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 April 2008.

"Bolehkah PR bertahan dengan krisis keyakinan ini," katanya yang juga ahli Parlimen Gelang Patah.

Lim berkata, jika semua pemimpin PR sama ada DAP, PAS atau PKR terus dipandu dasar bersama, ia akan mampu berdiri lebih kuat untuk menggantikan Barisan Nasional dalam PRU14.

"Atau alternatif yang terlalu dahsyat adalah untuk melihat PR akan ditolak ke dalam nota kaki sejarah Malaysia," katanya.

Posted by Anak Sungai Derhaka

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena