Sunday 10 August 2014

Isu Khalid: PAS akan terus bersama PR...4 Exco terus berkhidmat kerana kerajaan negeri masih wujud

Ahad, 10 Ogos 2014
PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat
Gambar: Pakar Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari menyifatkan pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai berakhirnya kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor, melainkan menteri besar baru dipilih dan dipersetujui Sultan.
Pakar Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari menyifatkan pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai berakhirnya kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor, melainkan menteri besar baru dipilih dan dipersetujui Sultan.
Isu Khalid: PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat
HARAKAHDAILY | 10 Ogos 2014.
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menegaskan parti itu akan terus bersama dengan Pakatan Rakyat.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada tindakan PKR memecat keahlian Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada parti itu, semalam.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan kepada semua peringkat kepimpinan parti, ahli dan para penyokong supaya bertenang dalam menghadapi konflik politik di Selangor kini.

"Kepimpinan PAS sedang berada di tengah-tengah isu ini dan menangani isu ini secara berhemah, cermat dan bijaksana bersama-sama dengan kepimpinan Pakatan Rakyat yang lain," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Beliau juga menjelaskan bahawa keempat-empat Exco Kerajaan Selangor daripada PAS akan terus berkhidmat dan berfungsi kerana kerajaan negeri masih wujud.

Mereka terdiri daripada Adun Chempaka, Iskandar Abdul Samad (Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar), Adun Sabak, Sallehen Mukhyi (Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian, Pembangunan Desa), Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali (Pendidikan dan Pendidikan Tinggi, Pembangunan Modal Insan) dan Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi (Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam). - HARAKAHDAILY 10/8/2014

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena