Sunday, 10 August 2014

'Jangan demo dulu, pesan Khalid'...Passmeb batal demo petang tadi...

Ahad, 10 Ogos 2014

'Jangan demo dulu, pesan Khalid'



Pendekatan dan cara berdepan dengan masalah amat jauh berbeda antara orang yang tamak dan gopoh dengan orang yang sabar dan berhemah.

Orang gopoh dan tidak berhemah akan londeh melondehkan kerna maruah dan harga diri mereka sudah tidak bernilai lagi. Perangai suka mengaibkan orang lain adalah ajaran syaitan yang juga menjadi amalan anak didik dan pengikut syaitan!

'Jangan demo dulu, pesan Khalid'

Satu demonstrasi bagi menyatakan sokongan kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sepatutnya diadakan hari ini dibatalkan atas arahan menteri besar Selangor itu sendiri.

Menurut Pengerusi Pakatan Anak Selangor Sokong Menteri Besar (Passmeb) Mazli Saring, program yang dirancang diadakan pada jam 2 petang dibatalkan selepas beliau mendapat panggilan daripada Khalid pada jam 1 petang.

"Program hari ini sepatutnya diadakan. Tetapi kita dapat satu nasihat daripada menteri besar.

"Atas kesempatan ini, kita dinasihat supaya tidak buat sebarang kenyataan media atau program sehingga diberitahu kelak," katanya kepada media.

Kerajaan Rakyat

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena