Wang Rakyat Dibelanjakan sesuka hati...
Inilah Nasib Rakyat Malaysia, Wang Rakyat Dibelanjakan sesuka hati. Kenapa Tidak Rujuk kepada Rakyat Terlebih Dahulu..??
K'jaan belanja RM1.4bil miliki MAS sepenuhnya
Malaysian Airline System Bhd (MAS) hari ini berkata Khazanah Nasional akan menawarkan 27 sen bagi setiap saham dalam syarikat itu yang tidak memiliki, yang berjumlah hampir RM1.4 bilion, untuk menjadinya sebagai syarikat milik penuh kerajaan.
Menurut Reuters, Khazanah, yang memiliki 69.37 peratus MAS, akan menjalankan kajian semula yang komprehensif dan penyusunan semula syarikat penerbangan itu, yang mengalami dua bencana pesawat jetnya pada tahun ini, kata MAS dalam satu kenyataan selepas mengumumkan penggantungan urusniaga sahamnya.
disebabkan oleh prestasi kewangan syarikat penerbangan itu yang tidak menggalakkan, setelah mencatatkan kerugian bersih bagi tempoh tiga tahun yang lalu, katanya.
Pemilikan penuh itu akan membuka ruang untuk Khazanah memperkenalkan struktur modal yang sesuai bagi MAS untuk memenuhi “keperluan pembiayaan yang besar” dalam beberapa tahun akan datang, dan untuk mengekalkan operasi di tengah-tengah tahap hutang yang tinggi, kata kenyataan itu.
Khazanah berkata, ia memerlukan enam hingga 12 bulan untuk menyusun semula MAS.
Ia menggesa kerjasama daripada semua pihak untuk melaksanakan penyusunan semula itu, yang merangkumi operasi syarikat penerbangan itu, model perniagaan, kewangan, kakitangan dan persekitaran kawal selia.
Katanya, ia perlu untuk memulihkan syarikat penerbangan negara itu kembali menguntungkan sebagai entiti komersial, dan memenuhi fungsinya sebagai sebuah entiti pembangunan negara yang kritikal.
Terdahulu, KiniBiz melaporkan urusniaga saham MAS di bursa saham digantung pagi ini sementara menunggu pengumuman tersebut.
Sumber: Artikel dan berita di atas di petik dari laman MalaysiaKini. Sumber dinyatakan.
0 comments:
Post a Comment