Ahad, 10 ogos 2014
Sir Henry Gurney...
Gangguan komunis memuncak di Malaya dengan pembunuhan Sir Henry Gurney seorang pesuruhjaya Tinggi British di Kuala Lumpur...
'Kawasan hitam' dimana Sir Henry Gurney telah diserang hendap oleh komunis
Pengganas Yahudi Haganah dan Irgun kemuncak keganasan mereka adalah ketika Henry Gurney bertugas di Palestin,beliau telah meragut nyawa 300 orang wanita dan kanak-kanak.
TAHUKAH ANDA ? tentu ramai diluar sana yang tidak tahu... bagi sesiapa yang mahu bukti bahawa Palestin WUJUD SEBELUM 1948, buktinya adalah duit syiling dari 1927 bernilai 10 Mils (mata wang ini tidak digunakan lagi). Perhatikan juga bahawa perkataan "Palestin" ditulis dipermukaaan syiling.
Semasa pemerintah Saidina Umar, empayar Islam berkembang dengan pesat, menawan Mesopotamia dan Parsi serta menawan Mesir, PALESTINE, Syria, Afrika Utara, dan Armenia daripada Byzantine (Rom Timur). Ketangkasan tentera Islam seperti Perang Yarmuk yang menyaksikan tentera Islam berjumlah 40,000 orang menumpaskan tentera Byzantine berjumlah 120,000 orang. Pada tahun 637, selepas pengepungan Baitulmuqaddis, tentera Islam berjaya menakluk kota tersebut.
DAN TAHUKAH ANDA bahawa Palestin antara tanah dijarah British pada zaman penjajahan ? era penjajahan British lah yang bertanggungjawab keatas pembukaan penempatan haram yahudi sejak dari mula lagi, selepas pembubaran Empayar Turki Uthmaniyyah pada 1922 selepas Perang Dunia Pertama, Liga Bangsa telah membahagikan tanah jajahan empayar tersebut antara Tentera Bersekutu. Bahagian yang dikenali sebagai Israel, Jordan, Tebing Barat dan Jalur Gaza hari ini diserahkan kepada pihak British sebagai Mandat British Palestin.
Pada 1948, Negera HARAM Israel - Zionis diisytiharkan merdeka dan menduduki tanah kononnya bekas Mandat British yang dibahagikan kepada "negara Yahudi" di bawah Rancangan Pemecahan Bahagian PBB 1947 (tidak termasuk Tebing Barat). Cetusan Perang Arab-Israel 1948 pula mengubah lagi sempadan di tanah suci itu.
Perang Enam Hari 1967 melihatkan Israel menceroboh Semenanjung Gaza, Tebing Barat dan Bukit Golan, Syria dalam satu operasi ketenteraan.
Antara nama yang boleh dipertanggungjawabkan pada era penjajahan British ialah "sir henry gurney", pernah dengar nama itu ? malangnya nama itu dijaja sebagai hero oleh sebuah negara yang anda ketahui...
0 comments:
Post a Comment